Tuesday, May 8, 2012

London-Paris-London 2012 (Day 1)



Mari kita mulakan karangan mengenai percutian yang lepas. Sementara tengah ada mood dan angin kerajinan sedang melanda moleklah dimulakan. Nanti kalau peram lama sangat banyak benda yang dah lupa. Bila dah lupa tue memang hi hi bye bye je la jawabnya nak menulis kat blog yang tak seberapa nie.

Hari Isnin (16 April) dah start cuti sebab flight kami akan berlepas jam  7.30pm. Untuk ke London kali ni, kami memilih untuk menaiki Emirates. Banyak sebab kenapa pilih Emirates. Masa nak buat booking bulan Disember tahun lepas, kiteorang buat comparison antara MAS, AirAsia dan Emirates. Surprisingly, masa tu flight AirAsia yang paling mahal, aroung RM7+++. That left us with MAS and Emirates. MAS around RM6+++ dan Emirates dalam RM7000. Tapi uolls, kalau pilih Emirates kita dapat naik Airbus A380 ok. Masa tue macam jakun la jugakkan. Maklumlah tak pernah naik Airbus lagi. Nak la jugak merasa macam mana rasanya naik Airbus. So rasanya worth it kot kalau bayar RM7000 dan dapat naik Airbus. Makanya kami pun pilihlah Emirates. So bila dah pilih Emirates nie, merasalah la kena transit kat Dubai nanti lebih kurang 4 jam. Redha je lah…nak naik Airbus punya pasal. Tapi uolls masa hubby dah confirmkan tiket tue and nak buat payment, jumlah yang perlu dibayar hanya RM5+++ (terus lompat bintang 20x). Murah gila kot. Nie rezeki namanya. Laju je hubby buat payment.

Tapi sayang seribu kali sayang, 2 minggu sebelum berlepas kami dapat emel dari Emirates. Begini bunyinya :

Please be advised that Emirates flights EK347/KULDXB and EK346/DXBKUL will continue to be
served by B777 aircraft from 05th April till 21 April 2012. The A380 aircrafts are currently undergoing
 regular maintenance checks.

WTH!!!! Penipu...Pulangkan balik wang kami (dalam hati sajork). Tak kisahlah, B777 pun bolehlah asalkan selamat sampai ke London. Hopefully balik nanti dapatlah naik A380 yang dijanjikan itew. FYI, A380 tue bukannya sepanjang perjalanan Malaysia-Dubai-London. Hanya 2 perjalanan saja dia bagi A380 iaitu daripada Malaysia-Dubai dan London-Dubai. The connecting flight will be B777.

So pagi sebelum bertolak tue memang busy jugaklah. Habiskan packing barang yang kecik-kecik. Pastu pegi pulak JPJ Wangsa Maju nak settlekan pasal permit memandu antarabangsa hubby yang tak dapat nak buat kat JPJ Bangi Jumaat lepas (sentap gila!!!). Kat sini pun ada drama sikit. Orang yang tengah duduk kat kaunter nombor tue cakap nombor untuk hari nie dah habis dengan muka yang sombong. WTH!!!!!  Pastu baru terhegeh tanya nak buat urusan apa. Tak ke bengong namanya tue. Patutnya kau tanyalah dulu dengan muka yang manis, cik ada urusan apa? Tak pun tanyalah ada apa yang boleh saya bantu? Sedap gaklah telinga nie dengar. Nie pagi-pagi dah buat orang geram. Saya pun cakap nak buat permit antarabangsa. Pastu dia tekan nombor and bagi kat saya. Eh ada pulak nombor??? Macam manalah korang kerja nie. Sebagai penjawat awam, saya terasa malu dengan perkhidmatan yang diberikan. Gaji dah naik kawan…tapi service macam tue jugak. Sendiri pikirlah….

Bila sampai nombor, saya pun pergilah ke kaunter. Kerani yang jaga kaunter tue tun belek la dokumen yang saya bagi kat dia. Pastu boleh plak dia tanya, lesen asal takde ke cik? Nie dah bikin panas nie. Nak lesen asal la pulak. Memang takdelah kan. Pastu saya cakap kat dia.

“Dalam web JPJ tue takde pulak kata kena bawa lesen asal ke apa. Lagi pun, salinan lesen dah ada dan surat mewakilkan saya dari suami saya pun dah ada. Kalau nak semua yang asal baik dia datang buat sendiri. Lesen dia dengan dialah. Kalau driving tak bawa lesen boleh ke?”

Mamat tue pun macam terpinga-pinga kejap. Pastu dia kata takpa cik, nanti saya jumpa bos saya dulu. Baiklah awak pergi jumpa cepat, saya dah takde masa nak melayan benda nie. After a few minutes dia keluar dan beritahu permit tue boleh dibuat dan suruh saya tunggu sekejap sementara dia siapkan. See see see…Boleh je sebenarnya buat. Tapi kalau korang insist jugak nak dokumen tu dokumen nie, tolonglah tulis terang-terang segala mak nenek yang diperlukan dalam web tu. Nie dah la tak tulis, pastu nak macam-macam pulak. Bikin panas betul. Nasib cepat je dia buat kerja so sejuk sikit hati.

Then pergi Alpha Angle jap. Nak beli some stuffs yang dikirim oleh ibu mertuaku di Jaya Jusco. Macam lipas kudung bershopping. Orang pulak tak ramai so laju jer pergi dapatkan barang yang nak dibawa. I think dalam 20 minit dah settle semua.

Then balik rumah. Hubby dah balik dari urusan dengan Maybank. Dia nak ajak pergi kedai yang kiteorang tempah blind kat PJ. Hari tue dah pergi dan pilih design yang berkenan di hati. Lepak berjam-jam jugaklah kat situ. Apparently susah nak decide on the design sebab semua nampak lawa. But at last we managed to confirm what we wanted. Tapi bila kira-kira semua dah terlebih bajet la pulak. So kenalah tgk balik mana-mana yang boleh dipotong. And we spent another hour at that shop. Alhamdulillah managed to settle it around 3pm. Lepas tue terus je ckp kat Abg Mat Driver supaya pergi TTDI. Nak makan kat Cengkih. Perut berkeroncong lagu zapin dah nie. Dah terbayang nasi ambang yang ada kat situ. Sampai je kat situ tengok kedai tutup. Erm..memang takde rezeki nampaknya. At last makan kat kedai mamak area Cengkih tu je… Me was so sad.

By the time we reached home, dah almost 4.30pm. Need to be fast sebab takut nanti jalan dah mula sesak dengan orang nak balik kerja. And later, we reached the airport at around 6.00pm. Nasib baik dah buat online check-in makanya takde la kelam-kabut sangat. Selepas dah drop luggage yang hanya 34kg itu (sedangkan boleh bawa 60 kg) terus masuk ke dalam. Lepak kat dalam je sebab takde apa nak buat.

Perjalanan dari Malaysia ke Dubai around 6 hour 50 minutes. Masa dalam flight tue best gila tengok TV sebab banyak gila movie and entertainments. Tak ingat dah tengok citer apa. Tapi saya ingat yang saya melayan Channel E!. Cuma diaorang serve dinner macam lambat sikit. Perut masa tue dah agak lapar. Bila dapat makan tue rasa lega sikit sebab lepas tu bolehlah tidur dengan jayanya. Makanan dia so so je kot. Takde apa yang menarik. Yang lain-lain tue rasa macam sama je dengan B777. So xde apa yang beza sangatlah melainkan kalau anda naik Business Class or First Class dia. Memang awesome possum uolls. Dilayan macam raja. Check out their website to learn more ok....

Arrived at Dubai around 10.30pm. Ada 4 jam lagi sebelum bertolak ke London. Lama weyh 4 jam. But the airport still macam lively lagi. Kedai pun macam tak tutup je. Maka sempatlah merayau-rayau di sekitar airport Dubai. Tukar duit USD sikit sebab nak beli some souvenirs. Lepas tue dah mati kutu tak tau nak buat apa. Then we decided to lepak je dekat waiting area. Sempat tertido jap.

Lebih kurang pukul pukul 2.30pagi, we were ready to depart. Dalam flight belasah tido lagi. Masih kemengantukan. Bangun untuk makan je pastu kita sambung tidur balik. Sedar-sedar je dah nak sampai London. Perjalanan 7jam 30 minit tu rasa macam cepat la pulak. Dalam pukul 7.15pagi dah tiba di Heathrow. Kapal terbang tue punya la pusing banyak kali kat atas tue sebab tak boleh nak turun. Traffic jam kat Heathrow tu. Nak turun kena tunggu queue. So merasalah berpusing kat atas tue dalam 20 minit sebelum selamat mendarat. Sampai di London cuaca adalah tidak menggalakkan. Sekarang tengah spring so sepatutnya udara nyaman dengan penuh bunga-bungaan yang kembang mekar. Tapi sebaliknya cuaca adalah hujan dan sejuk gila ok. Padan muka sendiri sebab coat semua ada kat dalam luggage. Cardigan saja adalah tidak mencukupi. Terus pergi cari Black Cab untuk pergi ke Acton.

Disebabkan hujan maka traffic adalah sesak. Actually kalau dari Heatrow ke Acton tue dalam 15-20 minit je dah sampai. Tapi pagi tue dekat 40 minit jugak dok dalam cab. Oleh itu merasalah kena bayar sampai 53 pound (RM260) sebab taxi tue pakai meter.

Sampai apartment MIL, FIL, Uncle Din n Aunty Jan sedang bersiap-siap nak ke Paris. Sementara diaorang bersiap, kiteorang layan sarapan pagi. Dapat makan roti canai dan kari kambing yo…..Memang terbaik la. Pastu melepek kekenyangan. Penat tak habis lagi.

Tu je dulu, nanti sambung lagi untuk hari kedua. Kebas pulak tangan menaip.


No comments: