MIL, FIL, Aunty Jan and Uncle Din nak balik dah hari nie.
Malam tadi masing-masing sibuk mengemas barang masing-masing. Uncle Din and
Aunty Jan banyak sangat shopping sampai tak muat beg. Walau pun tak muat,
ditekan dan disumbat segala benda yang ada bagi masuk jugak semua dalam beg.
MIL dan FILnot too bad. Walau pun banyak shopping, mana barang-barang yang tak
perlu diaorang tinggalkan je kat London bagi memberi ruang kepada barang-barang
baru dibawa balik ke Malaysia.
Malam tadi saya gigih menolong MIL menulis dokumen-dokumen
untuk claim VAT masa kat airport nanti. Banyak sampai tak terkira. Lump sum
semua resit masa shopping kat Paris dan London..maka jadi sebaban. Saya ambil
masa 2 jam nak settlekan semua dokumen tue. Mak aii…letih tangan I uolls. Tapi
sebab MIL dan rasuah dengan office blouse daripada LK Bennett hari tue, maka
haruslah bersemangat saya menjalankan tugas…hehehe!!!!
End up masing-masing bawa 2 beg besar and hand luggage yang
masing masing dalam keadaan yang sangat sesak nafas sebab terlalu banyak barang
kat dalam. Flight they all pukul 12pm, but we left the house at 8.30am sebab
tak nak kelam-kabut masa kat airport nanti.
Sampai kat Heathrow orang tak ramai lagi. Maka segala urusan
untuk claim VAT berjalan dengan begitu lancar. Mudah je benda nie sebenarnya.
Cuma kena pastikan semua maklumat yang diperlukan dalam dokumen tue lengkap. Dia
yang jadi problem n lambat tue bila maklumat tak lengkap. If semua clear, 5 or
10 minit dah selesai. Cuma if u guys beli laptop ke or jewelry ke…tu semua u
all kena claim VAT bila dah masuk dalam. Diaorang x benarkan buat kat kaunter
VAT yang kat luar tue. Kalau kira-kira jumlah VAT yang boleh diclaim hasil dari
bershopping boleh dapat balik dalam £300. Tapi tu pun ikut nasib..kadang-kadang
dapat, kadang-kadang tak dapat. Kite boleh decide sama ada nak duit tu dikredit
dalam credit card atau ambil tunai masa tue jugak. If uolls decide nak amik
tunai, ada bayaran service dikenakan. So maknanya lagi kurang lah uolls dapat.
Lepas dah settle dengan VAT, they all pergi check in. Saya
tak dibenarkan ikut dan perlu melenyapkan diri untuk seketika daripada pandangan
orang di kaunter check in tu bersama hand luggage Uncle Din dan Aunty Jan. Hand
luggage diaorang tue sebenarnya dah over weight. Hand luggage tue kan
sebenarnya boleh bawa dalam 7kg je tapi diaorang punya dah sampai 15kg. Kalau
nasib tak baik, kadang-kadang masa kat kaunter tu depa nak weight jugak hand
luggage. So sebelum kantoi baik kita sorokkan beg tu dulu. Nie adalah
taktik-taktik yang hanya dapat dipelajari setelah kita terkena dalam
penerbangan yang lepas-lepas. Sila belajar daripada kesilapan lalu ye
kawan-kawan.
Dalam pukul 10.30am, they all semua dah masuk dalam. Me and
hubby balik rumah sekejap hantar barang. Later around pukul 1pm kiteorang dah
tercegat kat rumah sewa yang kiteorang duduk dulu di Edgware Road sebab nak
jumpa owner untuk ambil baki deposit rumah. Teringat pulak kenangan lama masa
duduk kat rumah tue. Walau pun kecik je rumahnya tetap rasa happy sebab dapat
spent most of the time with the kids n hubby. Nak jalan kena mengangkut 2
stroller dari tingkat 2 turun ke bawah dan sebaliknya. So kalau hubby takde
jawapnya kami anak beranak memang memerap di rumah sajork. Tak larat den nak
angkut stroller dan anak2 seorang diri. Tapi sangat senang dan strategic rumah
sewa kiteorang nie. Kalau nak pergi mana-mana hanya walking distance je contoh…McD,
Argos, Waitrose, bank, coffee shop, Boots…hanya 1 blok depan rumah. Nak pegi
Hyde Park and Oxford Street pun jalan kaki je. Nak pi hospital pun jalan kaki
boleh sampai.
Lepas tue pegi makan kat Melur Restaurant. Nie restaurant
orang Malaysia. Kalau dari rumah kiteorang memang sekangkang kera je nak kena
jalan. Memang sedar akan kewujudan restaurant nie tapi tak pernah ada hati nak
cuba. Salah satu sebab tak pergi sebab restaurant nie kat basement. So dengan
budak-budak punya stroller memang kiteorang elak tempat2 yang ada banyak tangga
nie. Kali nie disebabkan kami berdua saja dan perut dah lapar tahap gaban, maka
Melur adalah pilihan terbaik. Tak tau la sedap ke tak kat situ. Harap harap sedap
la..jangan jadi macam Jom Makan tue, makin lama lagi tak sedap rasa makanan
dia.
Disebabkan masing-masing kebuluran, kami order banyak giler
makanan. Saya order set nasi goreng siap dengan 3 cucuk satey. Hubby order mee goreng.
On top of that kiteorang order sambal tumis udang dengan kangkung goreng belacan.
Banyak ko lauk dia. Penuh meja untuk 2 orang makan. Alhamdulillah makanan dia
semua sedap bangat. Kalau tau sedap macam nie dari dulu dah datang (baru nak
menyesal..). Minum ape, saya dah tak ingat. Kiteorang makan sampai sebu perut. Tapi
disebabkan makanan dia sedap, tabahkan juga perut untuk makan. Lepas makan tue
nampak minah mat salleh nie buat teh tarik. Handal pulak dia tarik teh tue.
Terus teringin nak minum teh tarik dibuatnya. Apa lagi…mari kita order. Memang
terangkat teh tarik minah tu buat. Salute la…
Lepas makan tue memang berat punggung. Nak jalan pun dah tak
larat. But kena gerak jugak sebab ada banyak lagi benda nak kena buat nie (read
: shopping). Pastu kiteorang terus amik bus untuk pegi Primark. Nak beli baju
untuk pakai harian Aimery dan Amsyar. Baju-baju jalan semua Atok dan Ummi dia
dah beli so ayah and mummy beli baju basahan je la. Primark nie memang syurga
membeli belah kot sebab barang-barang yang dijual di sini adalah super murah,
design pun boleh tahan dan berkualiti (yg tue uolls kena pepandai carilah).
Kalau baju budak-budak nie memang gila lah membeli. Nasib baik la saya takde
anak perempuan lagi. Kalau tak memang mummy dia angkut semua design yang ada
kat situ. Selain baju, saya gila beli pillow and mattress cover. Murah gila kot…kalau
kat Malaysia tak dapat harga macam tue. If tak silap pillow cover tue sepasang £2
and mattress cover tue dalam £3. Banyak jugak saya borong. Kata nak pindah
rumah kan..so nie kiranya persediaan nak pindahlah.
Tapi tak dapat nak shopping lelama sebab pukul 6pm ada dinner
date dengan classmate hubby kat Bayswater. Saya tak puas shopping lagi hubby
dah ajak keluar. Terpaksa ikut la tapi dia dah janji nak pergi Primark kat
Acton pulak nanti. I loike!!!
Then jumpa classmate hubby kat chinese restaurant kat
Bayswater. New Fortune Cookies kalau tak silap nama restaurant tu. Actually
masih kenyang lagi dengan makanan kat Melur tadi. Nie diaorang suruh order utk
dinner pulak. Pengsan oi….perut dah nak meletup. So kiteorang order yg seafood
n vege je. Yang lain tue makan macam macam la.Lepas makan dinner, lepak pulak
kat kedai waffle for desert. Gila banyak betul makan. Saya tak makan apa-apa
for desert sebab dah tak boleh isi. Just minum latte je. Tapi yang lain tue
memang laju je diaorang belasah waffle tue.
We reached home around 12am malam tue. Letih sangat sebab
banyak makan. Rasanya kalau timbang nie musti naik berkilo-kilo sebab
sepanjang dok kat sini dok belasah makan je. Berpeluhnya nan ado sebab cuaca
sejuk. Memang mengumpul lemak la jawapnya.
So nanti kite sambung lagi cerita hari berikutnya. Till then.
No comments:
Post a Comment