Friday, May 11, 2012

London-Paris-London 2012 (Day 3)



Hari ketiga nie (18 April) kami nak pi Paris. So malam tadi dah suruh hubby set alarm untuk bangun pagi esok. And before that hubby dah booking cab to pick us at 4.30am sebab train bertolak pukul 5.45am. Actually Station St Pancras tu takdelah jauh mana. Nak-nak kalau bertolak pagi-pagi buta macam nie memanglah takde jam ke apa. But to be safe, kiteorang bertolak awal dari rumah.

Pagi tue saya terjaga sebab alarm dah bunyi. Kejut hubby suruh off alarm sebab bising gila. Pastu mamat tue boleh pulak dia cakap macam nie :

“ Eh chyang…..cepat siap dah pukul 4.25pagi”.

WTH!!!!!!

Saya pulak bila dah dengar hubby cakap 4.25pagi memang tak lengah terus capai towel dan mandi. Dalam hati nie dah membara nak marah dia sebab tak kunci jam betul-betul dan membuatkan saya jadi kelam kabut pagi nie. Tak sempat lagi marah sebab xde masa.

Hubby pulak tak sempat nak mandi…gosok gigi je. Terus kiteorang siap-siap and turun kat bawah untuk naik cab. Masa tue dah pukul 4.50pagi. Tercari-cari jugak cab yang sepatutnya ambil kiteorang pagi tue tapi nan ado. Suruh hubby call company tue balik. Dah la lambat…teksi pun x sampai lagi. Nie bukan petanda yang baik nie.

Hubby : Hello Angel Car. I’m Aszmy. I’ve booked a car yesterday to St Pancras this morning but the car is not here.

Angel Car : What time did u book sir?

Hubby : 4.30 am.

Angel Car : I’m sorry, sir. But it’s not even 2am.

So kalau benda nie jadi kat korang macam mana? Apa patut kita buat kat orang yang telah membuatkan kita gelabah/kelam-kabut/mandi so-so je/tak sempat nak pakai bedak pun? Geram ok…… Masa tue malas nak cakap apa dah. Terus je naik atas dan sambung tido balik. Gila awal bangun…belum pukul 2 pagi rupanya. Entah macam manalah suami saya kunci jam. Sebelum tido balik sempat suruh hubby check balik alarm dia. Kali nie kalau silap lagi AWAS ya!!! Nasib baik terawal, kalau terlewat tadi, memang ada yang kena bebel.

So the second time punya alarm adalah tepat pada masanya. Kami pun selamat naik Eurostar trip yang pertama pagi tue. Untuk makluman uolls, tiket Eurostar nie harga dia berbeza-beza. Kalau nak yang paling murah adalah dinasihatkan untuk booking awal. Tiket yang paling murah adalah £69. Masa kiteorang pegi tue dapat tiket mahal walau pun di awal pagi sebab lewat booking. Masa tue belum buat keputusan bila nak pegi Paris. Bila dah decide tue, tiket memang dah mahal. Sorang kena bayar £99. Return utk dua orang adalah £406. Ini memang consider mahal la. Jangan convert to RM. Kalau convert lagi nangis..huhuhuh.  Perjalanan dari St Pancras ke Paris Gare du Nord Station lebih kurang 2 jam 30 minit. And time different between London-Paris is about 1 hour.

Sampai terus amik cab ke apartment yang telah dibooking oleh MIL. Oleh kerana masalah bahasa, kiteorang terus je bagi alamat kt driver tue. Nak cakap nama tempat tue pun macam nak tergeliat je lidah so biar driver tue baca sendiri. Cab nie semua ada GPS so senang je dia cari apartment tu. Dalam 20 minit dah sampai dah. Apartment tue dekat dengan Palais Des Congrѐs.


Baru sampai di Gare du Nord
Stayed here for 4 days n 3 nights
Kebetulan MIL ada medical conference kat Paris so urusan penginapan semua MIL dah cover. So kami jimat sikit kat situ. Kalau tak banyak jugak belanja nak dikeluarkan for accommodation. Apartment tue selesa sangat. Boleh masuk sampai 6 orang.

Sampai kat apartment hampir pukul 10 pagi. MIL dah pegi conference. So tinggallah kami berlima : Me, Hubby, FIL, Aunty Jan and Uncle Din. Kiteorang plan nak pegi sight seeing kat Paris je hari nie. So berjalan kakilah kami ke Porte Malliot untuk naik Metro. Tiket Metro within Zone 1 - Zone3 (City Centre) hanya €1.70 seorang. Kiteorang tak beli day pass. Tapi kalau uolls rasa banyak nak guna Metro dan RER bolehlah beli day pass dia. Day pass ada untuk 1 hari (€11.45/person), 2 hari (€19.50/person), 3 hari (€25.36/person) dan 5 hari (€36.58/person). So murah sikitlah. Tiket nie hanya untuk  Zone1 – Zone 3 (City Centre). Kalau nak pergi sampai Zone 5 kena bayar lebih sikitlah. Tiket nie boleh digunakan untuk Metro dan RER.

Dari situ kami stop di Musée du Louvre untuk dapatkan tiket Hop On Hop Off sebab tue yang paling dekat dan senang nak beli tiket. Beli tiket dari L’Open Hop-on Hop –Off Bus Tour. Harga tiket for 1 day pass adalah €32/person. Untuk 2 day pass adalah €35/person. Maka adalah dinasihatkan untuk beli yang dua hari tue. Sehari memang tak cukup nak cover tempat-tempat yang menarik kat Paris nie. Lagi pun tambah €3 je. I think it’s worth it. But for 2 days pass tu uolls kena guna for 2 consecutive days ye. If not dah tak laku lagi. FIL, Aunty Jan and Uncle Din beli 2 days pass manakala kiteorang beli 1 day pass saja sebab esok kitaorang dah ada plan lain.

Masa kat dalam bus nie uolls akan lalu tempat-tempat yang menarik kat Paris nie berdasarkan laluan yang uolls pilih. Kalau naik L’Open Hop-on Hop –Off Bus Tour, dia ada 4 routes : Paris Grand Tour, Bastille-Bercy, Montmarte-Grands Boulevards and Montparnasse. Kiteorang naik laluan hijau kat. Tak ingat dah hijau tue laluan mana..huhuhu. Sepanjang laluan tue uolls boleh nampak Arc de Triomphe, Bastille, Catacombes, Champs-Elysees, City Hall Concorde, Eiffel Tower , Louvre Museum, Notre Dame dan macam-macam lagi. If nak complete naik keempat-empat laluan tu, it will take around 5 hours. Sebab tue saya advice amik pass 2 days. So ada banyak masalah nak explore tempat tempat tu.

Kalau nak cerita pasal sejarah setiap satu tempat yang saya lawati tue memang takde penamatnya entry nie. So yang tue uolls baca sendiri la ye. Saya just nak share gambar je. PEACE!!!!


The nearest Metro station from our apartment



Jardin du Luxembourg (Luxembourg Garden)

Pasangan yang baru 3 tahun lebih kawin...huhuhu






The Louvre Museum








LV Boutique @ Champs-Elysees

Arc De Triomphe



Pantheon



Notre Dame Cathedral

Pont Neuf

Masa nie perut dah lapar tahap gaban tapi sempat posing dulu sementara tunggu makanan sampai


Eiffel Tower











Le Madeleine Church

Kiteorang ada curfew. Pukul 5.30 petang kena balik amik MIL. Conference habis pukul 5.30pm setiap hari. Kesian kat MIL takde kawan dan bahaya kalau dia jalan sorang-sorang. So by 5.30pm memang kiteorang dah standby kat Palais Des Congrѐs. Pastu terus balik apartment. Kaki dah terasa sengal jugak nie sebab seharian berjalan. Sejuk pulak tue.

Ingatkan malam tue nak keluar balik tengok suasana Paris pada waktu malam. Tapi semua dah flat dan tertidur. Sedar-sedar tengok jam dah pukul 9.15 malam. Semua dah malas. Lepas dinner semua sambung tidur balik.

For me, memang tak puas lagi jalan kat bandar Paris. Tadi pun x sempat nak turun kat banyak tempat. Dan cuaca yang hujan adalah sangat tidak membantu. As for now, terpaksa dipendamkan dulu hasrat nak meronda Kota Paris sebab esok dah ada plan lain.

So till then. Will continue with next entry later.

1 comment:

Pahlawan Basikal said...

The Louvre Museum adalah misi gagal saya pada 2011.