Memula lap habuk sikit kat blog nie.
Dah lama kita tidak bersemuka.
But it's ok..baru 2 minggu kot.
Tak la lama sangat kan???!!!!
So macam mana puasa korang?
Dah masuk 20 Ramadhan dah nie.
Semua masih bersemangat berpuasa or dah bersemangat nak raya?
Rasanya mood raya memang dah mari dah time2 nie.
Dah tinggal lebih kurang 10 hari lagi je dah nak menjelang Syawal kan.
Memang dah boleh buat preparation pun.
Kat opis nie pun dah meriah nak beraya nie.
Kemain lagi lampu lip lapnya.
Semua extension yang ada nak disambung supaya bergemerlapan lampu lip lap.
Hati-hati uolls sangat sesuka hati menyambung tue.
Nanti terlebih voltan ke apa....shot pulak suis semua...
Tapi best gak tue...suis shot nanti PC tak boleh on...
Bila PC tak boleh on tak payah la kita buat kerja...
Hahahaha...evil sungguh kepala otak hari ini.
Lagu raya pun sama..
Semua dok pakat main lagi raya dah kat opis nie..
Semakin membara la mood nak beraya..
Sabar..sabar...ada 10 hari lagi nak puasa nie!!!!!
Me belum nak citer pasal preparation raya lagi...
Belum sampai mood raya sangat
Makanya hari nie nak share gambar makan sepanjang bulan puasa
Walaupun dah nak habis puasa, tetap nak tunjuk jugak...
Hahaha...
Menu : Kueh teow gorwng, Mustard chicken and Lamb Mandi (Hubby beli)
Menu : Daging kurma, telur dadar, mixed vege, ikan dan tempe goreng
Menu : Ayam paprik, sayur kacang buncis dan sotong goreng tepung
Menu : Sotong goreng kicap, ayam goreng pedas, sawi goreng, ayam paprik (lebihan semalam)
Menu : Macaroni n cheese, buah kiwi dan lompat tikam (beli kat param)
Mana-mana hari yang takde dalam gambar tue ada beberapa situasi..
Iaitu saya tak masak dan beli je kat param, buka puasa kat luar dengan in laws or buka puasa rumah SIL.
So tak sempat la nak ambik gambar sebab bz makan.
Kalau kat rumah tue ada masa amik gambar sementara tunggu waktu berbuka.
Untuk tahun nie ada beberapa tempat yang kiteorang dah pegi untuk buka puasa.
Antaranya Kelab Tasik Putrajaya.
Yang nie buka puasa dengan kawan UM En. Suami.
Semua berlagak bujang.
Laki I je yang heret i sama....but I'm fione.
Berlagak biasa je walaupun majoritinya iolss x kenal dan baru 1st time jumpa.
But they all cool je so takde la ra awkward sangat.
The food was ok...ada byk jugak pilihan.
Me x makan nasi sebab dah selalu sangat makan nasi kat rumah.
So this time around kita belasah makan kambing, kueh teow goreng, murtabak, etc...
Pastu perut dah penuh..rugi betul bawa orang perut kecik pegi makan buffet.
Makan sikit dah full!!!!
Buffet Ramadhan kat sana around RM6+..
Tapi kalau korang member boleh dapat diskaun.
Macam kiteorang hari tue disebabkan salah sorang member hubby tue bapanya AJK Kelab makanya kiteorang bayar RM50 sorang.
Besides tue ada juga buka puasa kat Sawarbina Restaurant Jalan Semarak.
Kedai makanan Arab.
MIL and FIL suka makan sini.
So 2nd weekend hari tue kite semua...anak2, menantu2 dan cucu semua berbuka puasa kat sini.
Makanan kat sini memang sedap sebenarnya.
Dah beberapa kali juga makan kat sini.
Tapi masa bulan puasa nie macam potong sikitla..
Bulan puasa nie diaorang tak buat buffet Ramadhan.
Ramai jugak orang datang sini.
Kena buat reservation sebelum datang.
Yang tak berapa menariknya adalah keadaan sangat kelam kabut bila sampai time buka puasa.
1st, diaorang tak benarkan orang amik makanan selagi belum sampai waktu berbuka.
Dah tinggal 15 minit nak berbuka barulah diaorang bg amik makan.
Bila dah macam tue, orang semua macam lalat la pergi serbu makanan.
Dalam keadaan tue biasalah...ada yang beratur, ada yang tak beratur, ada yang potong queue...
Pening iolss tengok.
Terus macam terasa tak bestnya makan nak kena rebut-rebut macam nie.
Me tak makan pun nasi2 nie semua sebab kat situ la orang ramai bukan main tengah rebut nak amik makanan.
Makan roti je yang banyak.
Pastu curi2 sikit makanan hubby.
Tu pun dah rasa kenyang.
Basically I think the management patut do something about this.
I think they shud separate or do more counter.
Nie tak....semua makanan disusun dalam satu barisan panjang.
Kadang dah jadi serba salah....nak amik makanan yang kst hujung nun...yang takde orang tu tapi queue kat depan kite tu panjang..acaner tue...??
Me selamba je pergi jalan terus ke hujung sebab tak nak amik makanan yang kat depan2 tue.
Kalau diaorang separatekan counter tue rasanya takde la orang nak berkerumun kat satu tempat je...
Ada la option sikit nak amik makanan lain dulu.
Tapi nasib la makanan sedap so no complaint about food.
Kalau tak lagi hangin dibuatnya.
And they shud allow people to get the food whenever they like.
Tak perlu kot tahan2 orang nak amik makanan.
Apa motifnya???
Takut habis ke?
Kalau habis uolls top up la..bukan itu ke patutnya konsep buffet?
Top up..top up..and top up...
Harga buffet kat Sawarbina jangan tanya sebab MIL yang belanja.
Iolls tolong makan je....
Another place yang sempat kiteorang pergi adalah D'Lala Seafood dekat Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru.
Tempat nie memang terbaik...
Tomyam dia power giler...
Tempat nie BIL yang perkenalkan kat kiteorang.
So for buka puasa with kawan opis hubby, kiteorang suggest tempat nie.
And they all agreed.
Bulan puasa nie tak boleh datang main terjah je.
Kena booking dulu...kalau tak merasa la uolls tunggu meja kosong baru boleh dapat makan.
So hubby did the booking and order the food.
We had so many food...ayam pandan, kailan ikan masin, puyoh goreng, kerabu mangga, siakap 3 rasa and satu lagi ikan saya tak ingat masak apa.
Berselera sungguh makan kat situ.
And semua agree yang tomyam kat situ sedap.
Nasib baik....kalau tak buat malu je cakap sedap tapi orang lain cakap tak sedap.
So ada beberapa hari lagi untuk kite pikir nak masak apa untuk juadah berbuka.
Penat jugak menggoogle resepi tiap2 hari.
Maklumlah orang tak pandai masak...semua benda nak tengok resepi.
Hahahaha...
But I like...dapat la belajar benda2 baru.
Tu je untuk kali nie.
Ada masa kite updatel agi cerita buka puasa.
And kalau ada kerajinan kite citer pasal preparation raya pulak.
See u soon!!!!!
2 comments:
Nasib baik baca entri blog u ni time malam. Kalau siang.. kurus puasa ku. Makanan sedap2.
Pasal sawarbina restaurant set rule boleh ambik makanan 15 minutes before masa berbuka tu, i pun tak setuju. Memang akan jadi kelam kabut. Apa tujuan dorang buat gitu? Takut makanan tak cukup? Kalau takut tak cukup, tak yah niaga la.
Anyway.. selamat berpuasa and selamat hari raya in advance.
Selamat hari raya too
Post a Comment