Thursday, January 6, 2011

Welcome to Our Family...Little Aimery (Part I)


As-Salam to all,

Yeah...dpt jugak curi masa untuk update blog nie. Sebelum cerita panjang lebar, I juz wanna wish u guys Selamat Tahun Baru 2011. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua. All the best to u guys.

So sekarang nk cerita pasal perkembangan saya yg terkini. FYI, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 31 Disember 2010 tepat jam 1854 pm di St Mary Hospital, London. It was a planned c-sect. Seperti yg telah diberitahu dalam post yg lepas, me n hubby dah setuju utk opt for c-sect so that it wud be easier for us to plan since hubby will be sitting for his exam from 4 - 7 January 2011. Ikut due date sebenar, saya akan deliver on 6th Jan 2011. Tak ke haru masa tu klu beranak time tu...saya x mau pi hospital sorang2.

Walau pun dah buat appointment for c-sect banyak jugak halangan yg terpaksa dilalui pada hari tu (31 Dis 2010). Ikut appointment, saya akan masuk OT around 10am. So pagi tu, dalam pukul 8am me n hubby pun dah tercangak la kt labor ward. Sampai situ, midwife amik blood pressure n check heart beat baby. Semua ok. Then dia suruh tunggu, bila everything dah ready diaorg akan minta saya bersiap sedia dengan OT gown. So me n hubby pun melepak la kt situ.

Hubby sempatlah study apa yg patut. Kesian gak kt dia sebab dalam seminggu dua nie tak dpt nk study sgt pasal my family is around n dia rasa bersalah klu tak bawa diaorg jln2 kt London nie. So we all sempatlah bawa my family pegi Bicester Village masa Boxing Day, Madame Tussauds, n ronda London naik Big Bus... Setakat jalan shopping kt Oxford Street tu diaorg memang dah pandai pegi sendiri dan boleh dikatakan almost everyday diaorg pi sana. It is a distance walk jer from our house. Shopping some souvenirs utk bawa balik Malaysia.

So berbalik pasal cerita kt hospital td, bila dah pukul 10am pun, midwife tue x ckp ape pun. Keadaan kt maternity day care unit tu agak busy. Sorang keluar, yg lain masuk...Ada yg mengerang kesakitan, ada jugak yg disuruh balik dulu sebab belum nk beranak lagi. False alarm katanya. Saya jer yg tak dipanggil lagi...My MIL dah dua tiga kali dtg hospital nk tgk dh bersalin ke belum, tp x bernasib baik sebab until 5pm pun saya belum dipanggil lagi. My MIL datang London atas urusan kerja n will be leaving @ 10pm. So x sempatlah Ummi nk tgk cucu dia.

At last pukul 6pm, saya disuruh bersiap sedia...Syukur, akhirnya tiba juga giliran saya setelah menunggu hampir 10 jam. Dan pada 6.54pm, baby selamat dilahirkan dengan berat 3.77kg. Terperanjat jugak bila hubby beritahu berat baby. Patutlah mummy rasa senak perut, rupanya baby kt dalam tu boleh tahan semangatnya. Amsyar dulu 2.62kg sahajork. Apa pun, saya dan hubby sangat bersyukur dikurniakan baby yang sihat dan sempurna. Kali pertama tgk baby, rupa tak tumpah mcm Amsyar masa baru lahir.

K peeps.. I think that's all for now. Will update later.

No comments: