Thursday, January 10, 2013

Red Book



Dah sampai masa untuk perbaharui buku merah kite. Buat pun sebab ada trip hujung bulan nie kalau tak memang tak buat la jawabnya. Tarikh tamat 30 Januari. Nak renew ujung-ujung sebenarnya sebab x payah la nak renew cepat sangat nanti, buat rugi je. Tapi dalam masa yang sama tak nak buat last minit sangat sebab takut ada masalah-masalah yang tak dijangka. Tak sempat pulak buat passport baru dan terlepas pulak trip yang dah plan hampir setahun lamanya. We dun want that of course.

So Jumaat minggu lepas gigih la minta pelepasan dengan boss nak pi Pejabat Imigresen kat Presint 15 nun. Boss iolls cool jer so xde masalahlah la. Minta pelepasan 2 jam kot dari 9am sampai 11am sebab bajet dalam 2 jam tue dah boleh dapat dah passport.

Sampai je sana tengok dah ramai dah umat manusia. Semua macam tengah resah menunggu. Iolls pun gi la amik no. dulu walaupun x memahami apakah kejadian sebenar. No. 62. Ok nice. Kat board angka giliran tue macam takde apa no. pun. Rupa-rupanya no. x jalan sebab sistem tengah down. Patutlah orang kat situ marah-marah dan tak senang duduk rupanya.

Ada la terdengar orang2 tu bertanya kat pegawai bertugas bila sistem nak ok. Pegawai tu x berani guarantee bila sebab dia pun x pasti berapa lama masa yang diperlukan untuk orang IT check apa masalah sistem diaorang tu. Masa tue ramai la yang dah start amukan. Iolss cool je sebab sebagai orang gomen iolls paham kekangan yang dihadapi bila melibatkan sistem. So duduk je la menunggu. Malas nak bising-bising. But the good thing is, the officer bagi option la kat pelanggan tu semua. Kalau tak nak tunggu kat situ bolehlah pergi ke Pejabat di Jalan Duta or UTC kat Jalan Pudu tu. Terpulanglah uolls nak tunggu ke or nak ke 2 lokasi lagi tu.

Kesudahannya sampai jam 11am pun sistem masih down lagi. Nasib la masa datang tadi sempat bawa buku so dapatlah baca suku buku. But then, saya decide balik je la sebab mungkin sistem akan terus down sampai pukul 12.15pm nanti. Pastu dah tutup untuk solat Jumaat. Lupakan saja nak buat passport hari ni.

Later, petang Isnin datang balik pejabat Imigresen around pukul 2pm. Hari Isnin hari tue kan EL sebab Aimery demam. Petang tue cabut la kejap buat passport. Sampai sana punyalah ramai makhluk. Amik no. Mak ai...no. 342 uolls. No. kat board masa tue baru no. 122 kot. Nie kol berapa nak siap??? Tapi yang saya pasti, sebab saya ada no. nak tak nak diaorang kena jugak entertain saya hari ni jugak walaupun dah tamat office hour. Kalau dia suruh balik AWAS!!!! Boleh buat report kat suratkhabar...hehehehe.

Hari Isnin punya crowd lagi havoc. Panas bontot kot tunggu lama. Sebab kalau yang selalu kita dengar orang kata buat passport dalam masa 1 jam dah boleh dapat. Nie dah tunggu 3 jam pun x siap lagi. Huhuhu...Silap ye kawan-kawan. Sebab kalau ikut janji sebenar, 1 jam selepas bayaran dibuat. Nie ada yang tak pegi kaunter untuk serahkan dokumen, dah bising kata JIM tak tetapi janji la, kerajaan kerja lembab la...dan macam-macam lagi. 

Basically bukan la nak bela orang gomen sebab saya keje gomen. Tidak ok!!!! Kalau diaorang x buat kerja memang kita patut tegur la. Tapi dalam masa yang sama kita jugak kena paham dulu apa sebenarnya yang dijanjikan.

Masa saya berurusan kat kaunter hari tue bagi tujuan memperbaharui passport sekurang2nya 5 minit untuk kemaskini maklumat. Kalau dah ada 300 pelanggan cuba la kira sendiri. 1 jam lebih kurang 12 pelanggan je yang sempat dilayan. Katakan ada 4 kaunter...baru 48 orang sejam.5 minit tue kalau semua dokumen lengkaplah, kalau yang ada masalah tue mingkin lagi lama masa yang diambil. So kesimpulannya, kita sendiri boleh congak berapa lama kita kena tunggu. Bukan kita sorang je nak guna passport. Just be reasonable dan tak perlu merungut banyak sangat sebab hanya kat Malaysia je boleh dapat passport hari yang sama. Negara lain ada ke? 

As for myself, memang x dapatlah passport hari tue sebab by the time my no. was called out it was 5.10pm. Memang dah jangka kena amik esok. That's fine. Bukannya nak terbang esok pun. So my advise untuk mereka-mereka yang nak buat passport nie adalah :

1. Sila renew/buat passport sekurang2nya 2 minggu dari tarikh luput/tarikh penerbangan bagi mengelakkan perkara tak diingini (contohnya system down) memusnahkan harapan anda untuk ke destinasi yang anda tujui. Ada pelanggan yang duduk kat saya tu, hari Isnin nak fly hari Jumaat baru terhegeh-hegeh buat passport. Bila sistem down hari tue, berbakul makian dia lemparkan kat JIM. Hello, u yang salah kot...ambil mudah perkara yang penting.

2. Jangan pergi JIM hari Isnin sebab crowd adalah sangat melampau compared hari2 yang lain.

3. Sila bawa bahan bacaan bersama supaya anda tidak membuang masa menunggu.

4. Pastikan dokumen semua lengkap supaya memudahkan anda berurusan dan mencepatkan giliran orang lain.

5. Sediakan sedikit kesabaran. Jangan marah-marah k.

6. Untuk makluman, uolls kat UTC Jalan Pudu and Melaka (Urban Transformation Centre) pun uolls boleh buat passport coz ada caw. JIM kat situ. Beroperasi dari 8.30am - 10 pm.

Saya sudah senang hati pasal hal passport sudah settled. Hanya nak menunggu masa berlepas saja. Setahun u menunggu...tak sabar dah nak pergi ke tempat yang dihajati.

Tu je. Bye.

1 comment:

LavenderGal08 said...

Wah..nak jenjalan mana ni Miri? Effi lambat lagi..bulan 4 nanti, InsyaAllah. Gi dgn mak n pak mertua sekali ke? ENjoy k.