Aimery had fever since Friday. Dengan itu, weekend lepas hanya dihabiskan dengan melepak di rumah saja kecuali keluar dinner sekejap dengan member sekolah kat Haslinda Sims Abdullah di Bangi. Jumaat malam tue badan dia dah start panas. Bagi makan ubat dan letakkan kain basah kat kepala dia.
Memula tido tue ok la sebab ubat still berfungsi lagi kan. Tapi malam tue memang tak lena tido dibuatnya. Kejap2 dia merengek. Kejap-kejap kang dia terjaga. Badan pun boleh tahan panas. Letak kain basah kat kepala pun dia marah. Dia tak suka. Degil pulak tue.
Sabtu pagi tu macam ok sikit. But basically demam dia on off. Bila makan ubat dah ok sikit, dia bukan main gembira lagi main. Siap gaduh-gaduh lagi dengan Amsyar. Tapi bila dah start demam naik balik, cranky nya bukan main lagi. Memang mencabar kesabaran betul. Tapi kata Bibik kalau saya takde, dia takdelah mengada sangat. Tapi bila Mummy dia ada mengada adalah terlampau. Nak kan perhatian la tue. Ahad pun sama jugak. Demam on off.
So Monday saya decide bawa gi klinik kat rumah tue. Cakap dengan PA Boss masuk opis lambat sikit sebab nak bawa anak ke klinik. So dalam pukul 9am lebih macam tue, saya pun bawa la Aimery. Berdua je. Amsyar tinggal dengan Bibik kat rumah. Amsyar tu macam senang sikit, tak banyak citer sangat. Kalau mummy nak keluar work or jalan pun dia tak kisah sangat nak ikut unless kalau kita ajak dia.
Tapi Aimery tidak begitu. Asal nampak mummy dia bersiap je, dia pun dah ready tunggu depan pintu. Selalu cakap..."Amee...Ayie nak jalan". Sangat kaki jalan budak nie. Awas kalau tak bawa dia, mula la drama kat depan pintu.
So pagi tue bila dapat gi klinik dengan mummy pun dah happy sebab dapat jalan. Wal hal dia bukan suka kalau jumpa doktor. As expected bila Doc nak check je....mula la episod sedih. Air mata meleleh bukan main lagi. Doc tak sentuh lagi tu. Very the drama....
Banyak gak soklan Doc tanye :
" Dah berapa hari demam?"
"Ada muntah-muntah?"
"Ada batuk?"...
Rupa-rupanya kat kawasan rumah kiteroang tue tengah panas dengan isu demam denggi. I is cuak ok. Tapi takde pulak badan si Aimery nie ada spot merah-merah ke apa. So the Doc advise untuk buat ujian darah kat klinik kesihatan untuk pastikan sama ada kena jangkitan denggi atau tak. Kalau buat kat situ takut dapat result lambat sebab nak kena hantar sample ke makmal and whatnot.. Uitt...dengar denggi je iolls dah takut ok. Teringat masa hubby kena denggi tahun 2010. Punyala seksa kena berulang alik ke hospital. Hubby pun lemah longlai dibuatnya. Minta-minta dijauhkan dari penyakit itu. Doc kata kalau tak pergi hari nie takpe tapi esok kalau masih demam wajib pergi klinik utk test darah. Oh...mustila saya pergi hari ni Doc. Tak sanggup nak tengok budak nie demam memanjang.
Dengan itu terpaksa la call semula opis beritahu EL. Nie dah sah-sah kena tunggu lama sebab almaklum saja la klinik kerajaan. Sure ramai orang. Balik rumah amik barang Aimery and terus ke Klinik Kesihatan Dengkil. Tak pernah sampai situ pun tapi nasib baik ada google map/GPS so jumpalah klinik tu. Oh..dekat je rupanya dengan rumah.
Parking boleh tahan payah sebab masa tue dah tengah hari so kereta adalah banyak. Terpaksa park jauh sikit dan dukung budak 13kg tue ke klinik. Berpeluh jugak makcik dibuatnya. And apparently urusan adalah mudah dan tak perlu tunggu lama. I loike!!!! Dah siap register and bayar RM1 kite tunggu sekejap. Dalam 10 minit lepas tue, dah dipanggil jumpa MO. Iolls terus bagi cover letter yang diberi oleh Doc kat umah tadi. Terus MO suruh pegi amik darah kat bilik no. 5.
Yang part amik darah nie ada touching la sikit. Aimery of course bila nampak misi-misi kat situ dah mula buat muka sedih. Bila misi dah start nak cari urat n tekan-tekan tangan dia, drama swasta melayu pun bermula. Susah nak cari urat dia sebab Aimery agak berisi. 1st attempt adalah GAGAL ok. Mamat tue dah menangis tak ingat dunia punya. Mummy dia pun dah kekejangan menahan dia daripada bergerak. Muka dah merah dan dah berpeluh-peluh sebab menangis. Misi try sekali lagi cucuk jarum kat tempat lain pulak. GAGAL SEKALI LAGI. Ok saya dah mula rasa nak marah sebab kesian dengan my baby. Kalau la boleh saya ganti tempat dia....Tapi maintain lagi, bagi peluang sekali lagi.
They stopped for a few minutes bagi Aimery bertenang. Later they decided nak try amik darah kat kaki pulak. Better uolls buat bebetul. Kalau tak saya nak sound je kot misi-misi kat situ. Dah 3 kali buat pun x keluar darah ke???? Nasib baik kali nie ada darah yang keluar. Tu pun slow giler. Tapi better la daripada tak keluar langsung. Dah lepas settled amik darah tue, Aimery siap muntah sebab menangis tak ingat dunia tadi kan.
Alhamdulillah, result dari blood test tue menunjukkan Aimery free daripada denggi. Ada sedikit viral infection. So MO advise makan ubat demam dan antibiotik yang Doc kat rumah tadi bagi. If after antibiotik habis demam still tak baik lagi, kena datang semula. Baik Doc.
So pengalaman ke klinik kesihatan dengan anak untuk kali pertama was not bad at all. Kecuali part amik darah tue la. I just wish that misi tue tak perlu cucuk Aimery sampai 2 3 kali. Kesian ok budak tue baru dua tahun.
Hope Aimery will recover soon!!!!!!!!!!! Mummy tak sanggup nak tengok awak kena cucuk-cucuk nie.
No comments:
Post a Comment