Isnin lepas gigih membuat 5S kat opis/bilik sendiri. Selalu kalau balik meeting ke apa, campak semua dokumen atas meja. Last-last, bertimbun fail/kertas and folder kat atas meja nie. Semak mata memandang. Setiap kali nak mengemas banyak pulak kerja nak kena settle. Tertangguh dari sehari ke sehari niat nak mengemas.
Akan tetapi hari Isnin lepas, saya telah berjaya meluangkan sikit masa melaksanakan kerja-kerja sisih/susun/seragam/musnahkan dokumen kat bilik nie. Syabas kepada diri sendiri (pat shoulder). Sambil-sambil buat kerja, sambil semak balik apa yang boleh dihapuskan dan apa yang perlu difailkan.
Dan hasilnya....
Baru la senang nak cari dokumen lepas nie. Kalau tak, memang berterabur fail atas meja pasai tak jumpa dokumen yang diperlukan. Sekarang, tidak lagi ok. Dah buat filing system baik punya untuk bilik sendiri.
Persoalannya sampai bilakan keadaan yang kemas begini mampu bertahan?
Only God knows!!!!!!!!!!
Only God knows!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment