Idea nak ke Zoo Negara timbul setelah hubby mendengar cerita yang hebat-hebat dari rakan-rakannya tentang Zoo Negara sekarang. Paling teruja apabila mendengar cerita badak air dah sebesar van. Haruslah kami semua excited nak melihat sendiri kesahihan cerita tersebut. Maka cuti sempena perayaan Deepavali yang lepas telah dimanfaatkan dengan mengunjungi Zoo Negara. Sila percaya bahawa saya sendiri tak pernah masuk Zoo Negara, ok!!!!! So excited jugak la nak pegi.
Hubby dah pesan supaya bersiap awal. Cuti-cuti macam nie sure ramai orang ada perancangan yang sama macam kami. Pukul 7 lebih semua dah bangun. Leka buat itu ini, keluar rumah pun dah nak dekat pukul 10.30am. Nasib traffik pagi tue elok je. So dalam 15 minit dah sampai di Zoo. Dah ramai dah orang masa tue. Parking kat depan dah penuh. Maka terpaksalah parking jauh dari pintu masuk utama. Kiteorang masuk dari Pintu Masuk B. Bayaran utk mereka yang mempunyai MyKad adalah RM20 ringgit. Amsyar free sebab dia bawah 3 tahun.
Masuk-masuk je kami terus ke amphitheatre. Pertunjukkan haiwan dah nak mula. Seat pun dah hampir penuh. Sambil menunggu persembahan bermula ternampak pulak Pok Nik Din dan keluarganya sedang meliar-liar mencari tempat duduk. Keciklah sungguh dunia. Kat zoo nie pun boleh terserempak.
Persembahan haiwan pada hari itu meliputi persembahan beberapa ekor burung yang saya tak ingat dari jenis apa dan apa namanya, anjing laut dan seekor lagi haiwan yg saya dah lupa apakah dia (semua lupa...baik tak payah tuliskan..huhuhu!!!!). Amsyar mula-mula je excited tapi lepas tue dah sibuk nak main belon yang ayah dia belikan. Habis dikacaunya orang di sekeliling tu.
Lepas dah bertanya kabar dengan Pok Nik Din sesudah tamat persembahan haiwan tadi, kami terus bawa haluan masing-masing. Kawasan zoo nie memang besar. So ada disediakan kemudahan train kepada mereka yang malas nak berjalan. Rasanya konsep train tue sama macam bus hop on hop off. Ada a few station untuk turun dan naik di dalam kawasan zoo ni. Kami decide nak jalan kaki je sebab malas nak buka tutup buggy Amsyar.
Amsyar nampaknya seronok berjalan-jalan kat sini. Cuma lama kelamaan dia dah mula terasa rimas. Mungkin disebabkan cuaca yang agak panas hari tue. Dia mula dah tergaru sana tergaru sini. Disebabkan kawasan zoo nie agak besar maka memerlukan kemudahan map bagi menentukan lokasi di mana kami berada. Untuk mendapatkan map zoo ini, bayaran sebanyak RM2 dikenakan. Bayaran tersebut akan digunakan bagi tujuan pemeliharaan dan penjagaan haiwan-haiwan yang ada di sini. Tapi kalau anda rasa tak nak bayar maka bolehlah print siap-siap dari rumah melalui laman web Zoo Negara.
Kebanyakkan tempat kami lawati kecuali Muzium Lebah dan Zoo Serangga. Letih jugaklah dibuatnya. Nasiblah ada banyak kemudahan vending machine di kawasan zoo nie so kalau dah dahaga tue bolehlah stop sekejap untuk minum air yang sejuk. Tapi adalah perlu diingatkan bahawa harga makanan dan minuman dalam kawasan zoo adalah mahal. Makanya untuk mereka yang datang dengan ahli keluarga yang besar mungkin boleh consider untuk membawa bekalan bersama. Tapi kalau rasa malas nak sediakan bekal anda semua tak perlu khuatir kerana semuanya ada disediakan di sini. Hanya perlu sediakan ongkosnya saja.
Lepas hampir 4 jam di Zoo Negara, kami bersedia untuk pulang. Secara keseluruhannya memang enjoy pergi ke zoo nie. Cuma ada rasa sedikit kecewa kerana ada sesetengah haiwan tidak dapat dilihat kerana mereka semua bersembunyi samada di celahan pokok maupun di celah-celah ruang yang tidak dapat dilihat. Ada juga kandang-kandang yang kosong tanpa haiwan. Haiwan-haiwan di zoo nie jugak kelihat seperti kurang makan sebab kebanyakkannya kelihatan kurus. Kesian betul. Hopefully ada syarikat-syarikat besar kat luar sana boleh sponsor haiwan-haiwan kat sini supaya keadan mereka lebih sihat daripada sekarang. And badak air yang kami lihat tue rasanya takde la sebesar van. Kalau boleh saya kata besar kereta Savvy je kot.
Walau apapun, salute jugak kat staffs Zoo Negara nie kerana telah menjaga haiwan-haiwan di sini untuk dilihat oleh masyarakat umum. Bukan semua orang sanggup nak bekerja dengan haiwan, ye tak???!!! Ada masa nanti, boleh datang lagi ke sini.
2 comments:
wah..we went the same day la miri..kita org pun g masa cuti deepavali aritu.
la ye ker? tak terserempak pulak kita. jumpa pok nik je masa kt amphitheatre tu...
Post a Comment