Monday, June 13, 2011

Summer Yang Tak Berapa Summer


Sekarang hampir dah nak masuk pertengahan bulan Jun. So sepatutnya sekarang nie dah musim summer kat London nie. Lama dah berangan bila summer nanti mesti best sebab boleh jalan-jalan tanpa perlu memakai pakaian yang tebal. Kata musim panaskan...so pakai t-shirt dan jean pun dah kira ok untuk berjalan.

Tapi sampai sekarang cuaca macam tak menentu je kat London nie. Nak nampak matahari pun macam payah je sebab asyik hujan je. Hujan tu tak pe lagi. Siap sejuk bagai. Hubby siap pakai stoking dalam rumah. Macam orang tengah berpantang la pulak saya tengok. Weather forecast selalu predict hujan. Bila dah tengok akan hujan maka segala perancangan nak keluar rumah adalah tergendala. Kiteorang suka jalan kaki/naik bus kalau pegi jalan-jalan sekitar London nie. Nak bawa kereta macam tak berbaloi. Kena bayar congestion charge sampai 8 pound kalau keluar weekdays. Then nak cari parking pun masalah. So adalah lebih baik untuk memilih pengangkutan awam. Walau pun we all ada 2 buggy namun itu tiada masalah kerana bus kat sini memang ada sediakan tempat untuk orang-orang yang bawa buggy macam kami. Cuma kena tunggu bus yang takde buggy la kat dalam tu. Kalau dah ada buggy, kiteorang tak boleh la nak naik sebab tak muat. Tempat tu muat untuk 2 buggy saja at one time. So kalau cuaca hujan cuba bayangkan nak tolak buggy la, nak berpayung la...tak ke susah. Dalam keadaan begitu adalah baik duduk di rumah saja.

Bila la nak merasa cuaca panas di London nie? Baru nak feeling-feeling panas macam kat Malaysia. Hopefully cuaca akan bertambah baik dalam satu dua hari ni. We are planning for road trip dalam minggu depan. Kalau cuaca mendung and hujan macam tak berapa syok lah nak jalan-jalan. Nak amik gambar pun tak berapa nak cun nanti. Jeles betul dengan kawan-kawan yang telah menikmati summer di tempat mereka.

P.s. : Sang matahari, silalah tunjukkan diri

5 comments:

ashra said...

hi miri..
long time no see ya..hehe

baru tau ko ada blog..
ye lakan,aku fb pun takder.hehe

besnye duk london?sambang blaja or keje?da lama duk sana?..

Zana Jay. said...

hoho...miri!!! baru la perasan awak ada blog...pulun baca sampai habis nih...

missaries82 said...

ashra : blog dah 2-3 tahun ada tapi menulisnya x seberapa. cuma sejak tak keja setahun nie barulah ada kerajinan menulis. sekarang tengah cuti tanpa gaji sebab ikut hubby sambung study kat London nie. Insyaallah bulan 9 nanti balik. Ashra...rajin2 kongsi resepi ye...

missaries82 said...

zana : baru sekarang nie ada masa nak update.maklumlah tengah tak keje. blog suka-suka je pun...dah ready nk pegi Swiss?mesti x sabar dah kan. kite dah tak sabar nak balik. rindu Malaysia!!!!!apappun, jemputlah bace blog nie. Nanti zana dah sampai Swiss jgn lupe update pasal Swiss k. btw, bila bertolak???

ashra said...

wah..besnye.
cuti2 lama kat london..