Panggil apa saja maksudnya tetap sama. Setiap orang ada pengalaman masing-masing berkaitan insan yang dipanggil ayah, papa, daddy, abi, dll ini. Mungkin kita hanya melihat pengorbanan seorang ibu melahirkan dan membesarkan kita selama ini. Kadang-kala terlupa jasa ayah membanting tulang mencari rezeki untuk dibawa pulang kepada keluarga.
Sempena Hari Bapa yang akan datang saya terasa ingin berkongsi pengalaman dengan insan yang saya panggil Ayah. Saya tidak pernah menyambut Hari Bapa. Pada sesetengah orang, hari ini merupakan hari istemewa yang patut dirai/disambut pada setiap tahun. Terserahlah pada diri masing-masing. Tapi lebih molek kiranya perasaan sayang itu dilahirkan setiap hari dan bukan menunggu pada tarikh-tarikh tertentu saja.
Sejujurnya saya tidak begitu rapat dengan Ayah. Dari kecil saya melihat Ayah sebagai seorang yang garang. Walaupun tahu Ayah garang orangnya tetap jugak nakal. Budak-budak kalau tak nakal bukan budaklah namanyakan. Bila kena marah dengan Ayah memang teruk kena. Apa yang sempat dicapai, itulah habuan untuk hari tu. Biasanya tali pingganglah yang menjamah tapak tangan. Sakit ok...!!!!!
Bila mula tinggal di asrama saya cukup gembira sebab kalau nakal-nakal pun Ayah tak tau. Hehehe...Bukanlah nakal apa pun. Cuma rasa macam bebas sikit. Kawan pun ramai dan kepala gila-gila, maunya tak happy. Kadang-kadang sampai lupa nak call rumah bertanya khabar Mak dan Ayah. Yang pasti saya akan call ke rumah bila nak minta duit. Tu pun bukan minta kat Ayah. Cakap kat Mak. Mak lah yang kenen-kenen kat Ayah supaya bagi duit pada saya. Yang paling best sekali waktu duduk asrama ialah bila Mak dan Ayah datang melawat saya sebab masa tue Mak bawa banyak makanan. Walaupun makanan tu simple tapi rasa sedap sangat sebab Mak yang masak. Masa tue bolehlah kata hubungan dengan Ayah tue macam ok sikit. Saya belajar pun ok so tak ada isu sangatlah dengan Ayah. Cuma kalau belajar x elok...haruslah kena marah time-time tu jugak.
Zaman remaja saya rata-ratanya banyak dihabiskan di asrama. Tingkatan 1-5 di asrama. Matrik di asrama jugak. Masuk universiti pun tinggal di asrama. Seingat saya, sepanjang tinggal di asrama Ayah dan Mak sentiasa luangkan masa untuk melawat saya setiap hujung bulan. Kecuali semasa saya di USM Penang sebab jauh sangat. Bila dikenang semula saya bersyukur sebab Ayah dan Mak sentiasa mengambil berat tentang pelajaran saya. Mereka bukanlah golongan terpelajar tetapi tetap berusaha menjadikan saya lebih baik dari mereka.
Bila sudah bekerja (masa itu di SUK Melaka), saya masih bergantung pada Ayah pada mulanya. Maklumlah pada masa itu saya masih belum memiliki lesen kenderaan. Kadang-kadang pegi kerja naik motor. Kadang-kadang naik kereta. Mungkin orang sekeliling melihat saya nie sebagai anak bapak. Ye lah maunya tidak. Datang dan balik kerja berjemput. Kadang-kadang malu jugak sebab bila lambat habis kerja Ayah terpaksa tunggu. Dah jadi macam driver saya pulak.
Bila dah dapat lesen Ayah jugak yang meminjamkan keretanya untuk saya belajar memahirkan diri memandu. Bawa Proton Iswara yang takde power stereng bukan mudah ok! Ayah duduk sebelah masa saya bawa. Mulut dia bising membebel itu dan ini. Masa tue memang geram sungguh. Rasa dan-dan tu jugak nak beli kereta sendiri. Tapi sebab mulut bising Ayahlah saya dah pandai bawa kereta.
Kadang-kadang saya ada jugak berselilih pendapat dengan Ayah. Sebagai orang tua dia ada pendapat dan pandangan dia sendiri. Sebagai anak kadang-kadang saya jugak mahu pandangan dan pendapat saya diambil kira. Ada jugak ketikanya saya rasa Ayah macam seorang diktator. Dia saja yang betul. Orang lain semua salah. Saya rasa kalau adik-adik saya baca post nie musti mereka semua setuju dengan apa tang saya tulis nie.
Kadang-kadang saya beralah. Kadang-kadang saya buat tak tahu saja. Dan ada ketika saya ambil kira pendapat Ayah. Give and take katanya. Sebab saya tahu jauh di sudut hati Ayah dia mahukan yang terbaik untuk saya dan adik-adik.
Walaupun saya tidak rapat dengan Ayah namun saya tetap kagum dan berterima kasih mempunyai Ayah seperti dia. Ayah saya bukanlah manusia yang sempurna tapi dia tetap istimewa di mata saya. Walaupun bekerja sebagai pemandu dan berpendapatan kecil, Ayah masih mampu membesarkan kami adik-beradik. Alhamdulillah kami berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Saya kini telah bekerjaya dan memiliki keluarga sendiri. Saya percaya saya tidak akan berada di tempat sekarang jika bukan kerana Ayah saya.
Terima kasih Ayah.
1 comment:
happy Father"s Day to all fathers out there!..hehe..
Post a Comment