Hola everybody!!!!
Hari ini sudah hari ke-17 saya berpantang. Rasa cepat betul masa berlalu. Saya rasa saya tahu kenapa saya tak sedar masa berlalu dengan pantas. Ini kerana pantang baby kedua nie, hubby sentiasa ada bersama saya. Masa bersalinkan Amsyar dulu saya berpantang di Melaka. Hubby hanya balik ke Melaka pada hari Jumaat malam dan akan kembali ke Kuala Lumpur semula paling lewat pagi Isnin. Awal2 pagi dah terpaksa bertolak dr rumah or else tak sempat pulak sampai ke opis. Makanya, setiap hari saya akan menghitung waktu dan hari untuk jumpa hubby. Sekarang, 24 jam boleh jumpe hubby except masa dia pegi college....I loike!!!!
Semalam sempat timbang berat badan yg terkini (nasib landlord rumah nie ada sediakan weighing scale). Berat terkini adalah 54 kg. Untuk makluman, berat terakhir masa pregnant hari tu adalah 61kg. Maknanya dalam tempoh 17 hari nie dah kurang 7 kg. Lambat jugak turun nie sebab berat yg hilang setakat ni adalah berat baby plus the placenta n what not. Lemak di badan nie rasanya masih belum berubah. Tp perut semakin hari semakin menurun. Saya sangat suka, ok....
Target sekarang adalah untuk mengurangkan berat di bawah angka 50kg. So kalau dapat turun sampai 49kg, adalah sangat heaven. Yang paling penting part perut la sebab hubby dok asyik ckp perut saya buncit. Geram plak bila dia ckp saya buncit. Takpe, saya akan berusaha untuk mengurangkan kebuncitan perut ini. Nanti bila dah tak buncit mesti hubby tension sebab perut dia yg makin naik.
Akan tetapi proses untuk mengurangkan kebuncitan ini bukanlah mudah. Nak buat exercise especially kt bahagian perut nie macam takut jer sebab wound hari tue belum baik lagi. Risau pulak nnti bila semangat sangat buat exercise, terbuka plak jahitan tu. Tak ke haru! So saya decide utk jaga makan jer dulu buat masa nie. Nanti bila dah lama sikit baru lah start buat sit up or ape2 exercise lain yg patut.
As for now, there are 5kg more to go. Wish me luck. Hopefully bila cukup 44 hari nnti, 5kg pun hilang jugak...Finger crossed!!!!