Thursday, October 16, 2008

So Cute...My Nephew


Last nite around 8.30 pm, my sister (Angah) called. Dia beritahu yang Shima (my cuzzy) dah masuk ward kat Kelana Jaya Medical Centre (KJMC). Terkejut gak. Alamak minah nie nak bersalin dah ker? Kalau ikut due date dalam 20hb. Tapi selalunya mesti awal dari tarikh yang doktor bagi. Kerja Tuhan, tak sapa boleh lawan.

At that time, Jimmy and I kat Carrefour Wangsa Maju. Tengah cari some stuffs untuk buat jamuan hari raya kecil-kecilan hari Ahad nanti. Angah bagi tau Shima kena operate. Alamak....seram saya dengar. Macam saya plak nak bersalin, takut bukan main lagi. Doktor nak operate dalam pukul 10pm. So both of us pun habiskan shopping apa yang patut, terus balik rumah.

Lepas dah siap tukar baju, kiteorang terus ke KJMC. Actually both of us tak tau kat mana KJMC. I called Nadia (my other cuzzy) to ask for direction. Jimmy called Sam, tanya soalan yang sama. So berdasarkan maklumat yang diberikan both of us teruskan perjalanan. At last, saya ternampak KJMC dekat2 Giant Kelana Jaya. Nasib tak terlepas.

Masa sampai tue, Gee (my aunt), Aunty Ary (my other aunt), Angah, Nadia and Khairul(my cuzzy) were there. Shima tengah operate. So tak boleh buat ape, kena tunggu.Tengah-tengah lepak tue, tiba2 guard datang kat kiteorang and suruh turun cuz waktu melawat dah tamat. Alah, leceh betul la mamat Myanmar nie. Kiteorang cakap nak tunggu sekejap jer lagi, pastu turun. Dia pun malas nak layan agaknya, then biarkan we all kat situ.

10 minutes later, Che Wan (Shima's hubby) turun dengan wajah yang sangat ceria. Dia bagi tau Shima dah selamat melahirkan baby boy. Bestnya....dah jadi ayah dah Che Wan.
We congratulated him. Che Wan cakap Shima dan baby akan turun sekejap lagi.

Oleh kerana tak nak kena halau dengan guard lagi, maka we all menyelinap masuk dalam bilik Shima. Nak tunggu sampai Shima dan baby datang. Dalam 20 minit lepas tue, mummy dan baby pun sampai.

Nak tgk baby tak???

Comel kan....Pada pandangan mata kasar saya, saya tak tau baby nie ikut muka sapa. Tak sampai sejam pun usia baby waktu gambar nie diambil. Yang bestnya, birthday baby nie sama dengan birthday Gee - 15 Oktober. So baby, next year bolehlah sambut birthday dengan Gee. Lepas tue semua dah sibuk nak bagi nama kat baby nie - antara nama2 yang kedengaran Syawal, Fitri, Sulaiman, Musa, Ismail......Terserahlah pada ayahnya nak letak nama apa....Yang penting baby nie sangat comel. Kalau tak silap berat dia dalam 3.0kg.

Semua orang tengah khusyuk tgk baby nie. Khairul tue macam dah tak sabar plak nak ada anak sendiri. Sabar ek.....Majlis pun belum lepas lagi. Pasni bley jaga baby sendiri pulak. Hehehehe....


So to both mummy dan daddy, CONGRATULATIONS...... from us.

No comments: