Sunday, May 5, 2013

PRU 13 050513


Ada masa lagi...
Mari update pulak pengalaman mengundi kali kedua untuk GE13 nie.
Takdelah excited sangat nak cast vote sebab dah ada pengalaman 5 tahun lepas.
So-so je la...
Cuma nak cepat je habis demam pilihanraya nie cuz dah tak tahan mendengar kedua2 belah pihak mengata, mencerca dan menuding jari antara satu sama lain.
Macam dah takde tata susila dah gayanya.

Btw...dah tengah hari baru kami sekeluarga keluar ke pusat mengundi.
Kite semua mengundi kat SK Cheng.
Dalam 5km je dari rumah.
Pegi satu kete je.
Bawa Amsyar sekali.

Masa sampai tu takde orang.
I like.....
Kiteorang dah tau dah kalau waktu macam nie memang dah surut dah orangnya.
Tahun lepas pun datang waktu macam nie.
Me n my sista ke saluran 4 while mak dan ayah kat saluran 2.
All in all urusan membuang undi tue amik masa 5 minit je.

Baru sampai ke pusat mengundi. Mari bergambar dulu...



Kenang-kenangan untuk tempoh 5 tahun lagi


Check nama ada ke tak. kalau takde iolls balik dulu.


Saluran 4


Yeah...kami telah menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara. Anda bagaimana????


This blue ink really bother me...Nak chomel langsung....Kalau pink mungkin boleh dimaafkan.


So dah selesai pun tanggungjawab untuk memilih pemimpin.
Sekarang masa untuk lihat keputusannya.
Peluang telah diberi kepada semua untuk memilih.
Sesiapa pun yang menang diharap dapat membawa kebaikan untuk negara ini.
Kalau kalah, pohon terima jugaklah kekalahan dengan nada yang positif.
Tak perlulah nak menyalahkan sistem dan sebagainya.
Anda akan kelihatan sangat desparate nak berkuasa.

Semoga negara ini terus aman.
Sekiranya berlaku perubahan kuasa pohon juga dilakukan secara aman.


ALL THE BEST MALAYSIAN!!!!


No comments: