Tuesday, March 26, 2013
Businesswoman Wannabe....
Hi....(lambai-lambai kiri kanan kot-kot ada orang yang jengah blog nie).
Lama menghilangkan diri dari blog nie.
Tak busy pun tapi malas.
Bila malas tue, memang terabailah blog nie.
Cerita yang nak dikongsi pun dah basi.
So lupakan perkara yang lepas dan jangan ditangisi cerita2 yang dah basi tu.
Mari la teruskan hidup seperti biasa....
Update terus berita terkini sajork!!!
Last week seminggu tak masuk opis uolls.
Heaven tahap dewa...
It's not that I don't like my opis ke apa.
Tapi sesekali dapat tinggalkan opis seminggu memang sungguh seronok.
Tak ke mana pun sebenarnya.
Pergi menuntut ilmu di INTAN nun..
Sungguh teruja dapat surat panggilan kursus hari tue.
Tak sangka boleh dapat kursus tue sebab memang tak berkaitan langsung dengan keje kat opis.
Boss pun bagi green light..
Memula ingatkan kursus 3 hari je.
Sekali bila dapat jadual...hah..kau..seminggu berkampung kat INTAN
Mata iolls yang rabun...5 hari disangka 3 hari
Apa-apa pun, I loike...
2 minggu pun I sanggup uolls
Labels:
Myself,
Things I Like,
Working Mummy
Saturday, March 9, 2013
Teringat!!!!!
Early Mac hari tu ke JB....ada urusan sikit. Bertolak dari rumah around pukul 9am macam tue. SIL n her hubby pun join sekali. The more the merrier......sempatlah bergossip sakan sepanjang perjalanan ke JB tu. Macam-macam topik dapat cover.
Around pukul 11am lebih dh sampai ke Bandar Dato' Onn yg kiteorang nak pegi...Ada jugak sikit drama kat dalam kereta tadi. Tapi nasib baik ada Uncle Raju. Dia buat magic sikit...settled masalah kiteorang untuk hari tue. Settled buat apa yang perlu, perut pun start berkeroncong. memang patut pun sebab time tue dah pukul 3pm. Belum lunch lagi. Tadi berhenti breakfast kt RnR Seremban pukul 9am lebih...so perut memasing memang dah lapar.
Kiteorang singgah makan kat food court dekat dgn Dewan Jublin Intan. Dengan cuaca panas dan perut lapar memang terbaik la makan kat sini. 3 of us ordered Ais Jagung....Pergh...terbaik uolls. Yang buat ais jagung nie tersangat 'kick' adalah cecair coklat yang dicurah kat atas dia. My SIL kata dari dia sekolah sampai sekarang rasa dia tepat sama...TERBAIK!!!!!
Yummeh!!!!
Mee bandung ni pun sedap bangat. Tapi si tank kecik nie makan tak habis sebab perut dah penuh minum ais jagung...
Nie dia kedai uncle yang jual ais jagung tadi. Oh ye kiteroang tak order ais kacang tapi ais jagung. Bezanya ialah selain parutan ais, kat dalam tue hanya ada jagung dan cecair coklat. Sedap...tak tipu!!!!
Selain tue, dia ada jual char koi bakar macam gambar kat atas nie...Nie pun sedap. Masa kiteroang datang tue ada 2 3 kedai je buka kat food court tu. Tapi makanan kat situ semua sedap. Memang tak menyesal datang sini. Nie tengah citer ni pun dah teringit-ingat dah ais jagung dia..
Lepas dah settled episod makan-makan nie basically dah selesai la urusan untuk hari tu kt JB. So it was time time to go home. Cuma memandangkan hari masih muda kiteorang cadang nak singgah JPO. Dah alang-alang lalu. Saja jenjalan...xde niat nak shopping pun.
Us
Semua kedai weolls main keluar masuk je. Ada jugak yang berkenan tapi harga macam mahal dan tak berasa berbaloi untuk dibeli. So lupakan saja. Tapi masa masuk kat Coach tu, both me n SIL lepak lama sikit. Mata kiteorang tertumpu kat jewelry dia..especially the bangles. Tengah sale masa tue. Ada yang RM250 dan ada yang RM170 sajork. N masa masuk tue dia ada bagi discount card 25% lagi. So uolls kira sendiri la berapa je harganya lepas discount. And that was really cheap. Ada yang berkenan tapi bila pakai tak sesuai coz too big for my small hand. SIL pulak...tak muat bangles tue kat tangan dia. At last keluar dari situ dgn perasaan hampa.
As for hubby, dia lepak lama kat Nike mencari kasut futsal. Kasut futsal dia dah ke mana. Sejak insiden patah kaki tahun 2010 tu..memang tak pernah nampak bayang kasut tu. So tue tengah mencari la kot-kot ada yang berkenan di hati. Harga pun boleh tahan murah..
Nak rasa crepe dia sedap ke tak...Iolls dah tak beli pun sebab dah takde ruang dalam perut.
Then sambung lagi jalan. Masuk Clark n nampak this one shoe. So cantik. Ingat nak beli untuk Amsyar. Tapi bila tanya size, takde size untuk dia. Tension iolls tau. asal yang berkenan tue memanjang je takde size. Kalau tak berkenan tue banyak la pulak size dia.
Selepas dah tawaf habis JPO tue, SIL n me masih tak puas hati sebab still teringat2 lagi kat bangles kiteorang di Coach tadi (ceh...bangles kiteorang ko....). Cakap dengan the guys, kiteorang nak masuk Coach sekali lagi. The guys tak nak ikut..so diaorang lepak je kat bench kat luar tue.
Lepas dah belek2 seratus kali ....me n SIL dapat jugak bawak balik Coach masing-masing. Baru boleh tiido malam.....Hehehe!!!
New collection in da house!!!
Time to go home!!!!
Lepas nie akan kerap gak gi Jb so lain kali boleh gi makan2 lagi kat food court tu. Kalau ada budget lebih boleh singgah JPO lagi......jalan2 cuci mata pun ok jer kan!!!!
Labels:
Food n Recipes,
Things I Like
Tuesday, March 5, 2013
SPS @ Janda Baik, Pahang
Last week, on Friday saya ke Janda Baik, Pahang. Ada Seminar Perancangan Strategik (SPS) untuk opis. Pergi Jumaat, balik Sabtu. Nasib sehari je...walaupun terpaksa mengorbankan sedikit hari Sabtu untuk bersama family. Buatnya 2 3 hari lagi kejung kat atas tu.
Kiteorang menginap di Cheringin Hills Convention & Spa Resort. Untuk maklumat lanjut pasal tempat nie uolls boleh la semak kat sini. X pernah tau pun pasal tempat nie until dibawa ke sini oleh pihak opis. For me, boleh tahan jugak la tempat nie. Nampak macam baru lagi. Everything looks neat and clean. udara pun terasa segar sikit kat atas tu.
Bilik pun semua ok tapi saya tak berapa suka sangat dengan pencahayaan kat bilik tue. Sangat-sangat la suram. Nak bersiap pun rasa terseksa sangat. Dah la dapat bilik kat bawah..lagi la susah nak buka langsir tu. Kalau bilik kat tingkat atas tue jawapnya memang kutarik langsir itu seluas-luasnya.
Ok la malas nak citer pepanjang. Nak share gambar je...boley?????
Morning in Janda Baik. Sangat menenangkan.
Labels:
Event,
Hotel,
Working Mummy
Subscribe to:
Posts (Atom)