Last two days on the way to office berkesempatan dengar ERA. Tak silap topik pagi tue berkaitan isteri yang tak pandai jaga penampilan selepas berkahwin. Lebih kurang gitu la topiknya...
Saya layan jerla....
Then ada la sorang caller nie...
" Betul Pak Nil, isteri saya masa bercinta tue bukan main pandai bergaya. Lepas dah kawin nie, Ya Allah... serabut betul....Pagi tadi dia buat cekodok untuk sarapan, saya rasa cekodok tue lagi lawa dari muka dia... " Lebih kurang begitulah complaint dia pada DJ bertugas.
Wah...dengar tue!!! Selamba badak jer dia kutuk wife dia. Awak tue gorgeous sangat ker nak kutuk orang. Pulak tue isteri sendiri. Apa punya suami la macam nie. Tak malu ker menjatuhkan maruah isteri sendiri depan orang lain.
Saya rasa lelaki nie mesti bingai. For me, it's very simple. Dia sebenarnya menunjukkan kelemahan diri sendiri dalam menjaga isteri dan menguruskan keluarga. Kalau isteri tue tak menjaga penampilan dia, tegur la cara elok. Mungkin si isteri tue tak sedar yg dia telah mengabaikan dirinya dek sibuk menguruskan suami, anak2 dan kerja2 rumah. Tak payah la nak canang kt radio pasal keburukan isteri sendiri.
Kalau dah semua benda isteri nak kena buat dan si suami tue tak mau ringan tangan menolong, mana ada masa si isteri tue nak melawa bagai...Nanti sibuk nak berdandan, dapur tak berasap, anak2 tak makan, baju tak bergosok.....Nak ke mcm tue??!!!
Jadi seharusnya sebagai suami, lihat la semula kenapa si isteri jadi mcm tue. Kalau puncanya adalah kerana terlalu sibuk dengan urusan anak2 dan rumah tangga...ringan2 tangan la membantu. Baru la si isteri ada masa nak menguruskan diri dia pulak. Kalau dah malas sangat nak tolong, cari kan pembantu.....as simple as that.
Tu pun tak paham ker????
P.s.: Hope my hubby didnt complaint 'bout me.