Friday, June 24, 2011

Wimbledon 2011


Yesterday was Amsyar's 2nd birthday. Happy birthday baby darling. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu dan menjadi anak yang baik. I will write more about Amsyar's birthday later because we are throwing a birthday party for him this coming weekends. So nanti kita cerita sekalilah. Tak payah nak update banyak kali, ye tak??!!!

Saya rasa hari ini adalah hari yang paling gumbira kerana saya telah menjejakkan kaki ke Wimbledon. Sungguh tak percaya. Selama nie hanya tercanguk depan tv je menonton kehebatan aksi jaguh-jaguh tennis dunia. Alhamdulillah. Syukur pada Tuhan kerana memberi peluang ini kepada kami sekeluarga. As you all know, Wimbledon nie adalah salah satu Grand Slam yang sangat berprestij. Tahun ini adalah sambutan ulangtahun ke 125 kejohanan ini diadakan di sini.

Ingatkan senang-senang je dapat masuk dan tengok tempat nie. Banyak dugaannya kawan-kawan. Kami keluar rumah pun dah lewat, around 1.30pm kot. Dari rumah nak ke sana boleh pilih sama ada nak naik tube atau bus. We decided to take the bus sebab lebih buggy friendly. Maklumlah kami bawa 2 buggy. Kena naik 2 bus. Sepanjang perjalanan ke Wimbledon anak saya dua-dua pengsan....tidur. Alhamdulillah.....maka perjalanan adalah sangat menyenangkan hati. Kami terpaksa berjalan lebih kurang setengah jam untuk sampai ke tempat berlangsungnya acara. Sampai di Wimbledon Station kena jalan kaki about 30 minit lagi. Perjalanan adalah sungguh mencabar sebab kena daki bukit. Gigihkan jugak sebab semangat nak tengok tennis katanya. Dah sampai lokasi kejadian tercari-cari di mana mau membeli tiket untuk masuk ke dalam. Nak masuk je dah kena bayar belum pegi menonton game lagi.

Sebelum boleh beli tiket harus join pengunjung yang lain di The Queue. Mak oii!!!! Punyalah ramai orang beratur. Rasanya ada nak dekat 1 kilometer panjang line yang sedia ada. Rasa berbelah bahagi nak masuk ke tak nak. Tapi dah alang-alang sampai, join sekali beratur panjang-panjang tue. Kami beratur hampir 1 jam untuk sampai ke security check point. Dah lepas check point nie barulah boleh beli tiket. Untuk hari ini, harga tiket 14 pound after 5pm. Harga tiket masuk ke ground adalah berbeza mengikut hari.



Gigih mendaki bukit demi untuk sampai ke Wimbledon

Inilah The Queue yang maha panjang

Muka kebosanan dan kepenatan beratur


Antara mereka yang terjebak sama di The Queue


Kaunter tiket

Keputusan pertandingan


Centre Court



Ball girl

Ramai orang kat kawasan ground nie. Masa tengok dalam tv tue macam rileks dan aman tenteram je Wimbledon nie. Tapi apa yang dilihat di tv adalah sangat berbeza di lokasi sebenar. Meriah gila. Rasa macam kat konsert pun ada. Disebabkan kami ada baby maka memang tak boleh masuk ke mana-mana court la. So jalan-jalan di kawasan sekitar je lah. Besar tempat nie. Ada 19 courts dan 1 centre court. For centre court, court no.1 and no.2 tiket boleh dibeli di The Queue tapi very limited. Konsepnya siapa cepat dia dapat. Kebanyakkannya telah direserved untuk season holders. Untuk court-court yang lain, kalau kosong bolehlah masuk. Tak perlu bayar.

Sempat jugak jengah-jengah game kat court 8. Tak kenal pun sapa yang main sebab yang tengah main tue x famous. Diaorang main for 1st round or second round kot. Game pada hari tue kadang-kala terganggu dengan keadaan cuaca yang tak berapa menentu. Bila hujan turun je, game diberhentikan serta-merta. Court dengan pantas ditutup dengan kanvas. Cepat betul budak-budak tue buat kerja, sekelip mata je court dah ditutup. Dalam hati ada pasang angan-angan untuk datang kembali ke sini dan tonton game tennis nie secara live. Aimery dengan Amsyar kenalah tinggal ye..

Henman Hill


The big screen @ Henman Hill

Grab some souvenirs @ The Wimbledon Shop

Hubby bercita-cita nak Amsyar main tennis secara professional. Tak tahulah mampu ke tidak kami nak hantar dia belajar main tennis. But apa yang penting kena serapkan minat dalam diri dia dulu. Hopefully dengan memperkenalkan tennis kepada dia pada peringkat umur yang muda nie sedikit-sebanyak akan membuka minat tersebut.

As for now, hati masih berbunga ceria sebab dapat pegi Wimbledon. Bila nak ke mari lagi saya pun tak pasti tapi Wimbledon akan menjadi salah satu destinasi yang wajib kami kunjungi lagi (masa tu nak duduk je dalam court dari pagi sampai game habis!!!). Nasib tidur malam tak mengigau pasal Wimbledon.

Bakal juara Wimbledon

2 comments:

LavenderGal08 said...

Best nyer..effi aritu ingat ms gi london ada plan gak nak smpi cni but dh tak larat sgt so cancel jer..

missaries82 said...

effi kalau ada rezeki musti datang sini. sangat best sebab kat mesia xde lah nak tgk tmpt mcm nie. n kalau datang waktu tournament lagi meriah.