Tuesday, June 21, 2011

Road Trip To Cardiff (Part 1)


Last weekends kami sekeluarga telah merancang satu road trip yang singkat ke Cardiff, Wales. Of course all the booking and whatnot telah dibuat a few weeks before that. Bagus buat booking awal sebab boleh dapat harga bilik yang berpatutan. Bila berjalan satu family nie nak kena dapatkan bilik yang besar sikit so haruslah rajin-rajin surf net untuk melihat bilik yang sesuai untuk kami sekeluarga dan yang paling penting harganya tak membebankan. Thanks to hubby sebab that thing dia yang uruskan. Saya hanya uruskan dan siapkan anak-anak untuk road trip nie saja.

Sebelum ke Cardiff kami stopped at few places. First stop sepatutnya Reading tapi disebabkan pagi tue semua dah terlambat bangun maka lupakan saja Reading. Kami terus je ke destinasi kedua iaitu Swindon. Perjalanan dari London ke Swindon memakan masa satu jam lebih. Sampai Swindon dalam pukul 11.15am dan kami terus ke Swindon & Cricklade Railway. Saya tak pernah naik keretapi so excited jugak. Amsyar tak payah cakaplah. Sibuk betul dia berlari ke sana ke mari dalam train tue. Di sini ada diesel engine dan stream engine. Hari tue kami berpeluang naik diesel engine. Jarak perjalanan adalah lebih kurang 4 miles. Ada dua station sepanjang laluan tersebut iaitu Blunsdon dan Hayes Knoll. Seronok jugak sekali sekala naik train nie sebab sepanjang laluan tue nampak pemandangan yang cantik-cantik dan tumbuhan malar hijau. Tenang rasanya.

Tapi masa awal-awal sampai tue saya rasa macam nak terkucil dah. Pergilah cari toilet dia. For all you know, toilet dia adalah dalam salah satu gerabak keretapi. Erk..dari luar nampak buruk giler ok. Rasa macam tak jadi nak buang air. Tapi saya try je la tengok dulu keadaan kat dalam tue macam mane. Masuk je terus hati berbunga-bunga sebab keadaan di dalam sangat lawa dan sangat colourful. Tiles ada kaler hijau dan ada kaler biru. Dinding kaler pink. Siap ada lukisan Marilynn Monroe. Sangat bersih jugak. Suka punya pasal sampai terlupa nak ambil gambar toilet yang lawa itu.















Lepas dari railway tu ingatkan nak ke stadium bola sepak Swindon tapi keadaan cuaca semacam tidak mengizinkan. So saya ajak hubby terus ke Swindon Designer Outlet (tengok tue sampai ke Swindon pun cari tempat shopping lagi...huhuhu!!!). Banyak jugak kedai kat sini. Well kalau nak dibanding dengan Bicester, kat sini mungkin x berapa banyak jenama yang terkenal seperti Gucci, Dior, Ferragamo dan lain-lain. But still they have Aquascutum, Hugo Boss Levi's, Nike, Ted Baker, Polo Ralph Lauren...to name a few. Ada banyak lagi.....malas nak type. Disebabkan tujuan utama ke sini bukan nak shopping so takdelah beria sangat berjalan. Tengok gitu-gitu je. Btw, summer sale is on so memang gila tengok sana-sini SALE. I managed to grab a jean kat Next dan sport shoes di Nike. Amsyar pun dapat satu kasut baru. Gile murah ok, rugi kalau x beli. Kalau kat Malaysia mana ada kasut Nike bawah RM100. Kat sini belas-belas pound je.


Then singgah sekejap dekat STEAM - Museum of the Great Western Railway di sebelah outlet nie. Tak masuk pun sebab tak cukup masa. Kalau masuk pun mau dua jam kat dalam tue. Tak sempat plak nak pegi tempat lain. Lagipun, sure bebudak nie boring kat museum so better cari tempat yang lebih menarik. Makanya camwhoring di luar museum saja.




Sebelum balik beli ais krim dulu


Dari museum perjalanan diteruskan ke Bristol. Perjalanan dari Swindon ke Bristol memakan masa lebih kurang 45 minit. Sampai je di Bristol terus masuk ke shopping centre kerana Aimery dah buat project. Ada-ada je budak nie. Shopping yang kami masuk ni dipanggil Cabot Circus. Besar gila shopping nie. Ada a few wings. Kalau silap hari bulan boleh sesat nie. So terus cari baby changing room. Lepas dah tukar diaper and bagi minum susu we all terus keluar dari situ. Takut nanti kalau lama-lama kat situ terbeli apa-apa yang tak patut dibeli. As I mentioned earlier, kat sini pun sama jugak. Semua kedai tulis SALE. Semua benda nampak lawa dan comel dan sebelum terpau suami baiklah cepat angkat kaki. Dugaan sungguh tau berjalan dekat tempat yang banyak SALE nie. Nasib dapat mengawal nafsu nak bershopping.



Destinasi seterusnya adalah ke Brunel's SS Great Britain & Great Western Dockyard. Brunel's SS Great Britain was the world 1st great ocean liner. Kami tak dapat nak masuk dalam kawasan kapal sebab waktu melawat telah tamat. Waktu akhir untuk masuk pukul 4.30pm. Kami sampai situ pun dah pukul 6.30pm jadi dapatlah amik gambar sipi-sipi je. But then I managed to take the pic from the other side of the road. Not bad huh!!!







Can you spot the big ship???


Not far from the Brunel's SS Great Britian adalah the Clifton Suspention Bridge. Bridge ini adalah salah satu simbol untuk bandar Bristol. Ia juga merupakan salah satu jambatan yang terhebat di dunia. Untuk makluman dan keterangan lanjut berhubung jambatan ini uolls boleh baca di sini. Untuk melalui jambatan ini bayaran sebanyak 50 pence dikenakan (ala-ala tol). Pemandangan memang cantik daripada jambatan nie. Saya tak pegi jalan atas jambatan tue sebab :

1. Jambatan adalah panjang dan saya dukung Aimery so tak larat
2. Jambatan adalah tinggi terapung daripada sungai dan itu adalah sangat menggayatkan. Tak sanggup nak bayangkan macam mana berjalan kat atas jambatan tue.






Lepas daripada suspension tue kami terus ke Cardiff dan tak singgah mana-mana. Semua dah penat so the best thing to do is to check in dan relax sebelum meneruskan aktiviti di Cardiff esok hari.

So cerita untuk Cardiff saya sambung dalam entry seterusnya ya? Dah penat menaip. Sorrylah sebab entry ini sarat dengan gambar. Tapi kata road tripkan, so haruslah share gambar jalan-jalan dengan uolls semua. Hope you guys enjoy.

No comments: