Ok dah lama tak mengupdate blog sehingga dah nampak habuk-habuk yang sudah mula bersarang di blog ini. Ada masa tapi takde mood. Daripada cakap yang bukan-bukan moleklah dibiarkan blog ini sunyi seketika.
Tapi hari nie telah menggagahkan dan merajinkan diri untuk menulis sesuatu di sini supaya kewujudan blog nie kekal releven...hehehe (ayat adalah poyo).
Ok kita terus kepada perkara yang nak diciter tadi.
Dalam dua minggu lepas ada seorang staff kt opis nie datang kat bilik saya.
" Selamat pagi Puan. Saya nak minta tandatangan puan boleh tak?"
Saya pun macam heran sikit la naper tiba-tiba dia datang jumpa saya sebab saya bukan penyelia dia. Tapi kalau setakat nak sign tue apa ada kisahkan. Bukan susah sangat pun.
" Boleh....apa salahnya".