Wednesday, January 25, 2012

Aimery 1st Birthday Party (31 Dec 2011)



Sebelum baca nak bagi warning dulu sebab entry ini sangat sarat dengan gambar-gambar yang diambil sewaktu majlis berlangsung. So please read at your own risk.

Lambat sikit update sebab baru je dapat gambar-gambar nie daripada photographer. Diaorang pun buat kerja-kerja nie secara part time maka berlakulah sedikit kelewatan dalam urusan penyerahan gambar-gambar ini. Tapi tak kisahlah kan sebab gambar pun dah dapat. Mari kita cerita pasal apa yang berlaku sekitar birthday party Aimery.

Mengalu-alukan ketibaan tetamu



We are ready to party!!!!

Birthday party Aimery nie dibuat pada 31 Disember 2011 (Sabtu) yang lepas. Hari tue genap Aimery setahun (was born on 31 Dec 2010). Majlis kali nie dibuat di rumah MIL saja. Mula-mula ada cadangan nak buat KFC Wangsa Maju tue sama macam birthday Amsyar dulu. Tapi disebabkan nak buat birthday part yang siap ada theme maka tak jadi la nak buat kat situ.

Part nak cari theme nie pun susah dan mencabar jugak. Konon-kononnya nak cari yang lain daripada yang selalu orang buat. Boleh dikatakan semua jenis theme memang dah pernah ada orang buat. So setelah berpenat lelah berfikir dan menggoogle akhirnya kami decided nak buat Sesame Street Theme. Basically kami pilih theme nie sebab secara keseluruhannya theme nie sangat colourful. So cerialah sikit suasana party tue nanti.

Pilih theme tue dah lepas satu bala. Sekarang nak cari barang-barang yang follow the theme pulak. Nie pun satu masalah lagi. Bila fikir balik memang rasa tak percaya je kiteorang dapat buat theme nie. Susah gila nak dapat barang-barang sesame street nie. Ok..saya tipu sebenarnya susah sikit je. Actually memang ada kedai party yang jual barang-barang sesame street nie macam paper plate, paper cup, napkins, balloons, foil balloons, etc. Tapi harganya mahal nak mampus. Just imagine paper plate yang ada 6 pieces/pax tue harga dia RM30 lebih. Giler ke apa nak beli. Dah la lepas tue nak buangkan. Sungguh tidak berbaloi untuk dibeli.


Some of the sign board

Welcome everbody



Jadinya kenalah cari alternative lain bagi memastikan theme yang telah dilih itew menjadi kenyataan. Proses menggoogle telah dilakukan tanpa jemu. Akhirnya pencarian yang tidak kenal jemu telah menyelesaikan masalah saya. Saya telah berjaya mencari orang untuk design beberapa item  yang saya perlukan mengikut theme pilihan. Yahoo!!!! Selesai masalah. 

Proses yang sama juga telah dilakukan untuk menyediakan birthday cakes and cupcakes. Kek tue saya dibuat dua kerana saya tak mau anak-anak saya main tarik rambut sebab rebutkan kek yang sangat comel dan colourful itu. Maka kawan-kawan sekalian kalau anda ada masalah macam saya, sila la ke google. Insyallah masalah anda akan dapat diselesaikan.

For cake cutting ceremony



Happy 1st Birthday Aimery!

The deco...

Some of the deco



Yummy cuppies



Nicely done...2 rainbow cakes for the boys

Aimery's cake

Amsyar's cake

Buat party dengan theme nie personally memang mencabar untuk saya. Walaupun dah fikir sebulan lebih awal pasal party nie, still rasa macam tak cukup masa untuk buat semuanya. I wish I had more time so than I can prepare everything dengan lebih baik. Nie pun nasib baik mendapat sokongan padu especially from hubby. Sanggup jugak dia menggunting cake toppers yang saya dah print tue. Kalau dia tak tolong memang tak siap la jawabnya. Siap tolong balutkan hadiah-hadiah game prizes. TQ dear.

Tapi kadang-kadang tue dalam tengah-tengah tension nak prepare for the party tue hubby kadang-kadang persoalkan jugak kenapa nak buat nie....membazirlah... itulah...inilah. Masa tue memang geram tak ingatlah. Mestilah kalau boleh nak follow theme 100% kan. Kalau tak baik tak payah nak buat theme ke apa. Buat yang biasa-biasa je lagi senang. Nie ayat-ayat masa marah la. Tapi bila dah rileks sikit tue barulah boleh fikir dengan lebih waras. Memang ada betulnya cakap suami saya itu. So mana yang dapat tue saya buat, yang tak ada tue saya ganti dengan benda lain.


The deco is prepared by mummy dengan mode hentam saja la sebab tak berapa nak creative





Jet Pilot??? Nie macam cita-cita Ayah dia je...





Ada jugak insiden-insiden lain yang berlaku yang buat saya geram masa busy prepare party nie. For the deco saya memang nak cari plush toys of sesame characters. Banyak gila tempat pergi tapi susah nak dapat benda tu. Mungkin sebab saya yang tak tahu kat mana ada jual kot, tu yang jadi susah. Kadang-kadang pergi Toys R Us jumpa..saya beli. Pegi The Curve n jumpa saya beli. Bacisally beli secara runcit-runcit. Tapi ada satu hari tue saya dengan hubby pergi Wangsa Walk nak cari Sesame Street T-shirt for the boys (nie pun susah gila nak cari). Boleh pulak kat situ saya nampak banyak gila plush toys Sesame Street. Macam-macam size ada. Cakap je nak apa. Masa nie memang dah hangin satu badan sebab masa saya pening kepala mencari bukan main susah nak dapat. Bila dah tak perlu wah senang-senang je benda tue tergantung di merata-rata tempat. Depan mata pulak tue sambil melambai-lambai. Memang bikin panas je. Nasib lepas tue suami saya belanja makan ribs sedap kat TGI so sejuk la sikit hati nie.


Birthday boy + Mummy

Abang Amsyar

Anye and Atok

TQ Di for coming



The mask boy

Adik-adik saya

Menu petang tue simple je. For the main kami sediakan spaggetti bolognese dan bee hoon singapore + sambal udang. On top of that ada jugak finger food seperti chicken nugget, ayam goreng, karipap, sandwiches, apam polkadot and some cakes. Terlupa pulak nak ambil gambar-gambar makanan itew.  For the sugar station saya letak some sweets, jelly, fish biscuits, marshmallow, cakes n cuppies. Alhamdulillah makanan semua cukup untuk tetamua yang datang.

Basically party Aimery berjalan lancar. Walaupun ramai jugak rakan-rakan dan kenalan yang tidak dapat hadir sebab dah ada rancangan lain. Yang paling utama orang-orang yang penting bagi kami seperti Atok, Ummi, Nenek, adik-beradik turut sama dalam majlis berkenaan. And I should thank them all for helping us with this party. Kalau mereka tiada....haru biru jugak dibuatnya. So sekarang mari kita layan gambar dulu.








Atok busy ambil video

Clown man on duty



Our MC..tq for helping us

Orang kuat majlis..Aunty Jan

Anye and Ayah



Mummy...I'm sleepy

Khairul and Khaira

Ummi.....





Our guests



Orang sibuk nyanyi lagu birthday untuk dia...Aimery dah layan steam nak tidur

Blow candles...









































Lepas habis buat party nie, saya rasa ada beberapa benda yang saya belajar dan mungkin boleh diperbaiki di masa hadapan (kalau larat nak buat party lagi...It takes a lot of effort I tell u). 

1. Tempoh satu bulan tu tak cukup. Seelok-eloknya rancang dua bulan lebih awal. Ini termasuk urusan pemilihan tema, kenalpasti tempat/website utk dapatkan barang-barang berdasarkan tema yang dipilih tue, senarai jemputan, catering (kalau tak masak sendiri), khemah/canopi, etc.

2. Send invitation seawal 1 bulan sebelum majlis supaya kawan-kawan dapat reservekan tarikh tue untuk kita. Hopefully pada hari majlis tue meriahlah sebab kawan-kawan yang dijemput semua dapat menghadirkan diri.

3. Kalau pilih tarikh majlis kena elakkan kena pada tarikh public holiday atau cuti panjang. Kalau public holiday or ada cuti panjang biasanya ramai yang ada plan nak bercuti dengan keluarga. Maka ada kebarangkalian mereka tak dapat datang ke majlis kita.

4. For birthday party terutamanya adalah dicadangkan untuk sediakan lebih banyak finger food sebab kids suka makan finger food. And kalau ada food yang colourful lagi diaorang suka. My rainbow cake n cuppies mendapat sambutan yang hangat. Diaorang kata rasa dia sedap dan color dia sangat tempting. Hehehe...That's my trick ;p

So rasanya itu saja untuk kali nie. hope u guys enjoy baca entri yang penuh gambar nie (saya dah warning awal-awal tadi).

3 comments:

ashra said...

wahh..meriah and colourful..hehe
hepi besday aimery...

be good boy k?..

Mr.& Mrs.Najib..Parenting to our Zaera.. said...

mana nk order cake tu ye

Unknown said...

salam sis mne nk cri bju 2 ye??