Hari nie kat office agak lengang. Ramai yang ambil cuti untuk hantar anak-anak memulakan sesi persekolahan baru. Kat FB nie pun penuh dengan status/gambar ragam anak-anak di sekolah. As for now, saya hanya tersenyum melihat keletah anak-anak ini. Dalam masa 2-3 tahun lagi akan merasa jugak pengalaman yang sama apabila Amsyar dah mula bersekolah nanti.
Saya tak ingat sangat pengalaman masa memulakan persekolahan di Darjah 1 dulu. Yang pasti lepas masuk ke kelas je, ayah terus tinggalkan saya kat situ. Balik tengah hari tue dah terus naik bas sekolah kot. Serius tak ingat. Tapi memang takdelah menangis ke apa....Berani nak nangis? Ayah saya garang ok.
Cuma semasa di zaman persekolahan ada jugak beberapa pengalaman yang saya ingat sampai sekarang. Antaranya semasa di Darjah 2. Masa tue cikgu bagi homework suruh buat. Tapi saya tak buat. The next day bila kena hantar homework tue saya dah mulalah cuak. Tapi masih sempat berfikir. Masa zaman sekolah dulu, kedudukan dalam kelas dibuat dalam bentuk row. Ada 3-4 row kalau tak silap. Setiap row tue ada dalam 12-14 orang. Apa yang saya buat adalah saya amik 1 buku dari row yang lain dan masukkan buku tersebut dalam row saya. Makanya jumlah buku dalam row saya jadi cukup walau pun sebenarnya saya tak hantar. Hehehe...konon-konon rasa hebat la nie.
Last sekali Mrs. Wong, guru kelas saya kira jumlah buku tue tak cukup. Dia suruh mengaku siapa yang tak hantar. Memang takdelah orang mengaku... Memang saya tak mengakulah. Last-last cikgu panggil nama satu persatu. Akhirnya saya terkontai. Masa nie memang dah takut gila ok. Mrs Wong datang kat saya dan tanya kenapa tak hantar buku. Saya cakap buku tertinggal (tipu lagi tu..berani sungguh!). Mrs. Wong tak puas hati terus check beg saya. At last dia jumpa buku saya. Memang kantoi tahap dewa la tue.
Mrs. Wong geram gila dengan saya sebab tipu dia. Terus dia bawa saya pergi ke tandas murid. Masa kat tandas tue dia siap nak masukkan muka saya kat mangkuk tandas kat toilet tu. Apa lagi masa tue memang menangis tak ingatlah sebab takut cikgu masukkan muka dalam lubang toilet. Geli ok!!!!!
Masa tuelah beria-ia minta maaf kat Mrs. Wong sebab tipu dia. Siap janji tak buat lagi. Bila balik kelas kawan-kawan lain semua macam pelik tengok muka saya merah semacam. Mrs. Wong beritahu kat kelas yang dia masukkan muka saya kat toilet sebab menipu sambil mata dia mengerling kepada saya. Mrs. Wong warning jugak kat kawan-kawan yang lain kalau sesiapa yang tak buat kerja rumah akan didenda macam tue.
Waktu rehat kawan-kawan sibuk bertanya kat saya betul ke Mrs. Wong masukkan muka saya kat lubang toilet. Dengan nada riak, saya jawap. "Mana ada...Mrs. Wong tipu". Sempat lagi tue nak mengata cikgu walau pun diri sendiri sebenarnya memang bersalah.
Tapi sejak peristiwa tue memang saya tak pernah tak buat kerja sekolah. Gila tak buat...kali nie kalau tak buat memang betul-betul muka merasa lubang tandas. Alhamdulillah walaupun nakal di zaman sekolah, saya masih dapat keputusan cemerlang dalam UPSR.
Terima kasih jugaklah pada Mrs. Wong sebab kalau dia tak buat macam tue mungkin saya tak jadi seperti diri saya pada hari ini. Kenangan nie memang akan terus tersemat dalam kepala saya sampai bila-bila.
P.s. Cikgu dulu-dulu memang garang tapi anak murid still takut pada cikgu, zaman sekarang kalau cikgu garang anak-anak report kat mak ayah. Esok musti cikgunya pulak yang disekolahkan...;p
No comments:
Post a Comment