Friday, October 21, 2011

Full Schedule



Walaupun baru 2 minggu bekerja, jadual untuk bulan Oktober dan November boleh dikatakan sudah hampir penuh. Jadual outstation datang bertubi-tubi. Nak taichi kepada pegawai lain pun tak boleh pasal diaorang pun kena keluar jugak.

Sebagai contoh, minggu lepas baru 4 hari mula bekerja boss dah suruh pergi kursus anjuran Razak School of Government (RSOG) kat Marriott Putrajaya selama 3 hari. The worst part was, kursus tue adalah pada hujung minggu. Wuargghhhh...tak dapat balik Melaka jumpa Aimery. Nasib baiklah kursus itu sangat menarik dan dibuat di hotel yang menyediakan pilihan makanan yang sangat banyak dan sedap maka terubat jugaklah kesedihan tak dapat balik ke Melaka tadi. So hanya dapat melibat muka anakanda melalui Oovoo sahaja. Sorry Aimery. Minggu nie mummy balik and we can go jalan-jalan again.

Tiba-tiba semalam dapat memo untuk mesyuarat yang mempunyai kaitan dengan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bermula 23 - 25 Oktober. Nasib dibuat di Avillion Legacy Melaka. So dah terlanjur balik Melaka nanti bolehlah terus ke mesyuarat tue. Kalau free ke apa bolehlah lari-lari balik rumah jumpa Aimery. Nampaknya Amsyar pun terpaksa tinggal dengan nenek sepanjang saya ada kat Melaka nie. Pengsanlah nenek nak kena jaga 2 budak yang sedang lasak tue.

Jadual outstation weekend minggu depan pun dah ada. Huarrghh lagi!!!!! Nak kena pi Port Dickson pulak. Mesyuarat SKT pulak. Jumaat sampai Ahad jugak. Nanti nak suruh hubby join sekali dengan Amsyar. Walaupun saya kena kerja, at least Amsyar bolehlah lepak-lepak or main di swimming pool dengan Ayah dia. Sorry Aimery..... mummy kena kerja lagi minggu depan.

Nowa...Nowa....



Last weekends managed to go to Istana Budaya temankan MIL menonton teater The Secret Life of Nora. Nasib dapat tiket sebab berdasarkan review yang dibaca tentang teater nie sangatlah mengujakan. So takut jugak tak dapat tiket. Full house Istana Budaya malam tu. Malam tue jugak Istana Budaya telah menerima kunjungan daripada Sultan dan Sultanah Pahang yang mencemar duli untuk menonton teater Nora nie. So protokol pada malam tue adalah terlebih sikit.

Dah setahun tak menonton teater kat IB. The last teater was Mama Mia kot. Entahlah..dah lupa. Masa kat London dapat jugak masuk teater sekali...tengok Dirty Dancing. Sangat best dari segi props nye, pelakonnya, lagunya. Pendek kata memang sangat berpuas hati.



Agent Farouk and Kak Jah (Pic from TSLN FB)

Tuesday, October 11, 2011

Updates!!!



Dah hampir sebulan tak update blog. Dalam tempoh masa tersebut macam-macam dah berlaku. Nak cerita semua pun macam dah tak ingat so mana yang dapat je la. Selamat landing di bumi bertuah Malaysia pada petang Rabu (21 September 2011) lebih kurang pukul 5.30pm. Tapi disebabkan sibuk menguruskan Aimery dan Amsyar kiteorang hanya berjaya keluar 45 minit kemudian. Family semua dah tunggu. Bestnya dapat menatap muka-muka orang yang disayangi dan dirindui. Sembang-sembang sikit dengan semua orang sebelum bergerak pulang ke KL. My family bertolak balik ke Melaka sebab my brother ada exam keesokan harinya. My MIL bertolak ke JB sebab ada meeting kat sana pagi esok. So kami anak-beranak with my BIL and FIL beransur balik ke KL.

Aimery dan Amsyar jetlag tak ingat punya. Dah pukul 3 pagi baru budak berdua tue nak tido. Mummy dia dah tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Lepas dah 3-4 hari baru dapat tune semula waktu tido diaorg.

Weekends tue terus balik Melaka. Terpaksa minta bantuan my mum untuk jaga Aimery buat sementara waktu sebab susah nak cari nursery yang nak ambil budak kecil macam Aimery. My mum happy je bila kiteorg hantar Aimery balik. Kalau boleh siap suruh tinggalkan Amsyar sekali. But I know my mum memang tak boleh cope dengan dua budak dalam satu masa. Amsyar tu dah besar dan sangat lasak. Pengsan nenek dibuatnya nanti. Lagi pun teacher kat nursery lama Amsyar tue dah setuju nak terima Amsyar masuk semula kat situ. Ok kot rasanya. Buat sementara waktu nie terpaksa dua beradik nie berpisah kejap. Kiteorg tengah usaha untuk dapatkan maid. Hopefully bila dah ada maid nanti bolehlah Amsyar and Aimery duduk rumah and main sama-sama. Dengan itu jugak, kebanyakkan hujung minggu kami dihabiskan dengan berulang-alik ke Melaka. Saya suka je dapat selalu balik Melaka. Bila balik tue dapatlah bawa Amsyar dan Aimery melawat tempat-tempat menarik yang ada kat Melaka tu. Dah jadi macam pelancong la pulak. Pada hal anak jati Melaka. But seriously..dah banyak berubah. Before this kalau balik Melaka takdenya nak jalan-jalan kat bandar sebab malas nak bersesak-sesak dalam jam. Bila dah lama tak pergi tue nampak sangatlah perubahan yang berlaku. Aimery dan Amsyar pun suka bila dapat jalan-jalan macam tue. Cuma yang tak tahan tue cuaca yang sangat panas kat Melaka. Muka budak berdua tue dah jadi macam udang bakar...merah semacam. Peluh pun boleh tahan, kuyup jugaklah baju diaorang.