Tuesday, November 20, 2012

Tribute Tun Siti Hasmah



Nie nak citer pasal teater Tun Siti Hasmah pulak. Saya pegi tengok teater nie dengan MIL. Hari kedua tayangan kalau tak silap. Sebelum beli ticket hari tue tanya la hubby dia nak tengok ke tak? Dah boleh agak dah jawapan dia tapi kita saje je tanya. Bila dah confirm dia tak nak ikut makanya iolls dengan ibu mertuaku saja la yang pergi menonton di IB malam tue.

Sampai agak awal sebab nak collect tiket dulu. Sambil-sambil tu MIL pun meronda kawasan sekeliling tengok-tengok kot ada apa-apa souvenir yang menarik. Takde apa sangat. At last MIL bought the programme book sajork.

Bila dah dapat masuk and sementara menunggu teater start saya pun belek la buku program tue. Selai demi selai sehingga ke kulit belakang. Apa yang saya nak cakap adalah....KECEWA. Untuk harga RM15 (kalau tak silap) rasa macam tak berbaloi je beli. Ucapan penghargaan je entah berapa muka surat, meh kita sesama kira - Dato' Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Datin Rosmah Mansor, Tun Dr Mahathir, Dato' Mukhriz, Datin Paduka Marina, Dato' Seri Ahmad Said (MB Terengganu), Dato' Mohammed Juhari (KP Istana Budaya)...tu yang saya ingat. Kesimpulannya hampir 1/3 buku dah penuh dengan ucapan. 

Ye, iolls pahamlah ucapan penghargaan tu perlu tapi pilih-pilihlah sikit. Yang tak berkaitan tak perlu la masuk. Rasa macam baca koleksi ucapan penghargaan pulak. Then takde apa yang menarik selain daripada ulasan pelakon utama tentang watak yang didukung. For me, at least selitlah sikit sejarah atau biogafi ringkas Tun Siti Hasmah. Buku program nie kan macam buku kenang-kenangan so kalau isinya tak memberi makna macam tak berbaloi je menyemak kat rak buku kita. Sekurang-kurangnya kalau ada selitan info berkaitan Tun Siti Hasmah, orang akan lebih mengenali siapa dia sebenarnya. Iols juga sedar maklumat tersebut boleh diperolehi dari Mr. Google tapi lebih molek kalau ada maklumat yang tercetak rapi. Tak gitu??? Hope diaorang boleh ambil kira benda-benda macam nie dalam menghasilkan sesuatu produk. Bukan sekadar print dan buat untung saja.










Pasal teater iolls tak nak komen sangat sebab iolls nie bukannya pakar nanti tak pasal ada orang marah. Iolls suka tengok aksi comel Lisa Surihani melakonkan watak Tun Siti Hasmah semasa muda terutama ketika menari. Menari ala-ala gaya innocent..so cute. Watak-watak lain pun not so bad.

Cuma apa yang saya nak cakap saya sangat kagum dengan Tun Siti Hasmah. Dia sangat teguh berdiri di belakang Tun Mahathir walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi yang bagi saya memang mencabar. Sejujurnya saya sebagai wanita memang tak mampu berhadapan dengan situasi yang Tun Siti Hasmah hadapi.

Laki balik lambat sikit pun mulut dah bising tanya macam-macam kat laki. Tu baru laki kerja gomen je. Kalau laki I tu wakil rakyat, tak tau la macam mana la mulut saya nanti. Memang cantik perancangan yang telah Allah tetapkan untuk kedua-dua insan bernama Mahathir Mohammad dan Siti Hasmah Mohamad Ali nie. Saling melengkapi. Kedua-duanya mempunyai perasaan yang tidak berbelah bahagi terhadap tanah airnya. Sanggup berkorban masa dan tenaga deminya.

Saya harap saya dapat menjadi isteri yang penuh kesabaran macam Tun Siti Hasmah. Sentiasa mendahulukan suami dalam apa keadaan sekali pun dan dapat menjaga rumahtangga  saya sehingga ke akhir hayat. Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah telah berkawin 56 tahun tapi perasaan kasih sayang masih jelas terpancar dalam hati meraka. I adore them so much.



2 comments:

ashra said...

Kagum dan sgt menghormati beliau..

missaries82 said...

me too..very humble n down to earth