Wednesday, January 25, 2012

Aimery 1st Birthday Party (31 Dec 2011)



Sebelum baca nak bagi warning dulu sebab entry ini sangat sarat dengan gambar-gambar yang diambil sewaktu majlis berlangsung. So please read at your own risk.

Lambat sikit update sebab baru je dapat gambar-gambar nie daripada photographer. Diaorang pun buat kerja-kerja nie secara part time maka berlakulah sedikit kelewatan dalam urusan penyerahan gambar-gambar ini. Tapi tak kisahlah kan sebab gambar pun dah dapat. Mari kita cerita pasal apa yang berlaku sekitar birthday party Aimery.

Mengalu-alukan ketibaan tetamu

Wednesday, January 4, 2012

Sekolah Dah Start



Hari nie kat office agak lengang. Ramai yang ambil cuti untuk hantar anak-anak memulakan sesi persekolahan baru. Kat FB nie pun penuh dengan status/gambar ragam anak-anak di sekolah. As for now, saya hanya tersenyum melihat keletah anak-anak ini. Dalam masa 2-3 tahun lagi akan merasa jugak pengalaman yang sama apabila Amsyar dah mula bersekolah nanti.

Saya tak ingat sangat pengalaman masa memulakan persekolahan di Darjah 1 dulu. Yang pasti lepas masuk ke kelas je, ayah terus tinggalkan saya kat situ. Balik tengah hari tue dah terus naik bas sekolah kot. Serius tak ingat. Tapi memang takdelah menangis ke apa....Berani nak nangis? Ayah saya garang ok.

Cuma semasa di zaman persekolahan ada jugak beberapa pengalaman yang saya ingat sampai sekarang. Antaranya semasa di Darjah 2. Masa tue cikgu bagi homework suruh buat. Tapi saya tak buat. The next day bila kena hantar homework tue saya dah mulalah cuak. Tapi masih sempat berfikir. Masa zaman sekolah dulu, kedudukan dalam kelas dibuat dalam bentuk row. Ada 3-4 row kalau tak silap. Setiap row tue ada dalam 12-14 orang. Apa yang saya buat adalah saya amik 1 buku dari row yang lain dan masukkan buku tersebut dalam row saya. Makanya jumlah buku dalam row saya jadi cukup walau pun sebenarnya saya tak hantar. Hehehe...konon-konon rasa hebat la nie.

Tuesday, January 3, 2012

Buat Orang Marah...



Hari nie macam bersemangat jugak nak pergi kerja. Hari pertama bekerja di tahun baru 2012 la katakan. Surprisingly traffic adalah ok. Selalunya kalau start kerja je sure jalan macam sesak semacam tapi hari nie traffic adalah sangat menggalakkan. Mungkin sebab budak-budak tak start sekolah lagi. Tengoklah esok bila sekolah dah buka pasti kenderaan bergerak macam kura-kura.

Lepas hantar Amsyar ke taska singgah kat pump station. Masa tue ada satu motor nie tengah pump minyak dan nampak macam dah nak sudah. So saya pun masuk lah dekat lane motor tadi. Tup..tup....je muncul dari mana tah orang nie dengan selamba bawa motor dia masuk dekat lane tu. Dia nampak saya tengah tunggu kat situ tapi dia buat selamba badak je park motor dia kat pump tu dan terus ke kaunter pembanyaran. Orang kategori macam nie kita nak panggil bodoh ke bingai?

Personally I called this type of people rude. Kalau nak kata lane tue khas untuk motor memang tak logik langsung. Sebabnya kat pump sebelah tue ada je motor tengah pump. Kenapa dia tak queue kat belakang motor tue? Kenapa perlu potong queue?

So walaupun kita dah masuk ke tahun baru, orang-orang kita nie masih lagi pendek akalnya. Bertindak tanpa menggunakan akal. Pagi-pagi lagi sudah spoilkan mood orang. Geram betul dibuatnya. 

Nak marah orang yang bingai tue pun macam tak guna sebab dia bingai kan. So lepas geram kat blog je la.






Happy New Year 2012



Selamat Tahun Baru 2012 kawan-kawan. Baru hari nie ada kesempatan nak buat entry baru untuk tahun 2012 nie. Better late then never bak kata omputeh, ye tak???!!!!

Kalau bercakap pasal tahun baru nie memang tak boleh lari dengan azam baru. Apa azam anda tahun ini? Btw, macam mane dengan azam tahun lepas, berjaya dicapai atau tidak? To tell the truth, I cant recall whether I had any resolution for 2011. Serius tak ingat (tanda-tanda orang dah tua...). But so many things happened in 2011 be it good, bad, sweet or bitter...macam-macam ada. Nak cerita satu-satu pun dah tak guna sebab semua dah jadi sejarah. Maka elok kita fokus untuk tahun 2012 dengan menjadikan 2011 sebagai asas or pedoman supaya azam untuk tahun 2012 nie tercapai.

Mari kita listkan apa yang patut kita pertingkatkan di tahun 2012. Kira macam azam la jugakkan??!!!

  1. Amalan menabung dipertingkatkan. Tahun-tahun sebelum nie memang ada cita-cita nak buat benda nie tapi selalu je $$$$ terbabas ke tempat lain. No good!!!!
  2. Baca buku. Tahun lepas ada la jugak dapat baca satu dua buku sebab tengah CTG. Setahun ada 365 hari dan saya cuma baca 2 buku je. No good jugak...
  3. Nak bawa family bercuti. Family nie bermaksud keluarga saya di Melaka terutama Mak dan Ayah sebab diaorang banyak tolong saya menguruskan anak-anak sewaktu saya bersalin dan bekerja. Kalau diaorang tak bantu tentu huru-hara dibuatnya.
  4. Menjadi umat Muhammad yang lebih baik. Insyallah...Pohon doakan sekali ye.
Empat perkara nie pun saya dah rasa macam banyak. Bila dah tulis macam nie elok jugak. Sekurang-kurangnya ada jugak matlamat untuk tahun 2012 nie. Tinggal kena usaha gigih je untuk memastikan perkara -perkara nie tercapai untuk tahun 2012 dan dapat diteruskan sampai bila-bila. 


So saya doakan semoga azam uolls untuk tahun ini tercapai. Sama-samalah kita berusaha. Yang penting sekali, semoga tahun 2012 nie menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua.