Yahoo....Hari ini telah 31 hari berlalu. Tinggal 13 hari saja lagi. Gembira mcm dah habis pantang la plak kan. Ye lah..31 hari nie lama ye kawan-kawan. Dah 28 hari saya tak keluar rumah (3 hari tak kira sebab masa tu masih di hospital lagi). Takdelah bosan sangat pun kt rumah sebab ada hubby, Amsyar, Aimery dan Mak. Walau bagaimanapun, perasaan nak keluar berjalan2 tu tetap ada.
Aimery pun dah berusia 1 bulan sekarang. Ada beberapa pemerhatian yg dapat saya lihat pada Aimery iaitu :
1. Suka waktu mandi. Tak menangis pun bila nenek mandikan dia (provided air tu panas la sebab kalau air sejuk memang menjerit tak ingat)
2. Suka tido siang dan susah nak tido malam (asyik nak kena dukung je, asal letak dalam cot jer mula la dia bgn n nangis)
3. Kurang meragam berbanding Amsyar (pada usia yg sama, pasni tak tau la kan)
4. Tak suka basah ( Dalam 2-3 jam adalah perlu untuk tukar diaper, kalau tidak tak mau tido)
5. Kuat minum susu (setiap 3 jam dia minum 4oz.Dulu minum susu SMA biasa tp skrg dh tukar kepada SMA for hungry baby dengan harapan dia kenyang dan tak selalu bangun. But then..sama jer..takde beza..memang budak nie kuat minum susu)
6. Dah semakin berat sebab dah terasa lenguh bila dukung dia
7. Dah pandai pandang bila kite ckp dengan dia (mcm paham jer apa yg kita ckp)
So as for now, Im going to finish my confinement yg tinggal lebih kurang 13 hari lagi. After confinement, which is on the 16-17th Feb, hubby is going to take us to Cambridge for a short vacation. Really looking forward to that. Almaklumlah setelah sekian lama terperap di rumah nk jugak la tgk dunia luarkan.
Will update more stories later especially about our vacation. Till then...see u guys!!!
No comments:
Post a Comment