Monday, November 10, 2008

What Wud You Do?????


Suasana pejabat di petang Isnin nie agak kurang memberangsangkan. Cuaca kat luar pun agak mendung. Memontum untuk bekerja hari ini agak slow sedikit kerana Mesyuarat Mingguan Dengan Y.Bhg. Tan Sri KSN yang biasanya diadakan pada setiap hari Selasa telah ditangguhkan ke satu tarikh yang lain.

Biasanya di petang-petang Isnin nie la masa yang agak sibuk untuk menyiapkan paper2 untuk dibentangkan dalam mesyuarat tersebut. Kadang2 sampai tak menang tangan, perakuan yang sampai last minute pun kena jugak bawa masuk mesyuarat pada keesokan harinya. Itu yang paling saya tak gemar. Kalau maklumat yang dikemukakan lengkap, saya dengan rela hati sanggup menyiapkan paper tersebut. Tapi kebanyakan kes, dokumen tak lengkap. Kena telefon kementerian untuk maklumat tambahan....Kadang2 boleh dapat cepat, kadang2 lambat. Terpaksalah tunggu kat opis sampai dapat maklumat utk siapkan paper...Benci betul!!!!!

Oleh sebab petang nie tak sesibuk mana, maka saya sempat surf net...Baca online paper, check emel dan sebagainya. Dalam pada saya melayari internet itu, saya telah terbaca sesuatu yang mempunyai kaitan dengan diri. Tersirap gak darah membacanya....

Kalau dah tersirap darah tue takkan lah cerita yang bestkan.... mesti la bende tak best. Rasanya tak perlulah cerita kat sini. Sebagai manusia saya tau yang saya tak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan mungkin saya pernah mendatangkan kemarahan atau kebencian orang terhadap diri ini. So basically, suka atau tidak saya terpaksa terima apa pandangan atau kata-kata orang tentang diri ini. Ironiknya, saya pun kadang-kadang ada perasaan yang sebegitu terhadap orang lain. Mungkin cara kita semua meluahkan kemarahan, kebencian atau perasaan meluat itu berbeza antara satu sama lain.

Pada saya, apabila kita mengetahui keburukan atau kelemahan orang lain tak perlu rasanya disebar atau dihebahkan perkara itu kepada orang lain. Kalau tak tahan sangat memendam seorang diri, cubalah cari orang yang boleh dipercayai untuk berkongsi perkara tersebut. Sama ada individu tersebut boleh atau tidak boleh dipercayai ia terpulang kepada kebijaksanaan anda. Anda lebih mengenali mereka. Tak perlu lah kita bercerita keburukan orang dalam blog ker, media cetak atau media elektronik sekali pun. Awak tue baik sangat ker sampai nak mengata orang. Ingat2 la...."What goes around, comes around". Kalau tak nak orang mengata, pertamanya jangan buat perangai, itu semestinya. Keduanya, jangan suka mengata orang kalau tak nak orang mengata kita.

Kadang-kadang kena juga cuba letak diri kita dalam situasi tersebut. Apa rasanya kalau anda dimalukan atau diperkotak-katik di hadapan orang lain? Impikasinya jika tidak sebesar mana, sedikit sebanyak ia akan mengganggu emosi orang tersebut. Kenapa perlu diperbesarkan cerita? Adalah lebih baik kita mengambil iktibar dan pengajaran sahaja dari sesuatu perkara itu. Ini bukan bermaksud kita bersetuju dengan tindakan mereka. Perkara yang salah, tetap salah. Two wrong doesn't make a right. Menegur dan memperbetulkan kesalahan adalah tindakan terbaik. Jika tidak mampu, hindarkan diri dari melakukan kesilapan yang sama. Tak susah rasanya.

Tapi terima kasih lah kepada mereka yang bercakap tue. Sekurang-kurang ia mengingatkan saya supaya sentiasa berpada-pada dalam setiap tingkah langkah aku. Tak semua yang kita buat betul pada pandangan orang lain. Satu lagi, tak perlulah kita memburuk-burukkan orang lain untuk menjaga hati orang yang kita kenal. Tak dapat pahala pun kalau buat benda tue walau pun bertujuan baik untuk menenangkan hati orang tersebut. That doesn't work, ok!!!!!!

P.s.: Dia jer yang baik agaknya.....Whatever!!!!!!

Friday, November 7, 2008

Kring....Kring......Jawablah!!!!!


Macam pernah dengar jer tagline kat atas tue kan...

Rasa nak marah pun ada bila bercakap pasal telefon nie. Ada pun telefon itu dicipta untuk memudahkan interaksi manusia walau di mana sahaja kita berada. Kecanggihan teknologi ini juga telah membolehkan kita berbicara tak kira sejauh mana jarak memisahkan. Yang dekat dan jauh boleh dihubungi. Bukan setakat itu, nak lihat orang yang dirindui atau disayangi di skrin telefon pun tak mustahil dengan adanya kemudahan telekomunikasi masa kini.


Dalam zaman yang canggih nie, ada jugak orang tak faham apa tindakan yang perlu dibuat bila telefon berbunyi. Kalau tak berjawab biasanya orang yang cuba dihubungi itu tiada ketika itu. That's fine....Tapi kalau sampai empat orang saya telefon, dalam pejabat yang sama...tak satu pun yang berjawab agak musykil jugak.

Takkan semua orang pergi mesyuarat? Tiada orang ke yang tinggal untuk menjawab atau sekurang-kurangnya mengangkat telefon yang berdering tue??? Kalau terjadi, perkara yang perlu disemak itu adalah tahap Very Important.....Nak jawab kat KSN, tak ker haru? Tak kan nak jawab, "Saya dah call Kementerian xxxxxx, enam nombor saya dail tapi satu pun tak jawab". Boleh ker nak jawab cam tue??? Harus kena tukar 24 jam....Bukan mustahil ia berlaku. Infact dah selalu berlaku.

Jadinya, tolong la jawab telefon itu bila ia berdering. Kat opis saya nie, telah dijadikan amalan supaya telefon itu dijawab sebelum deringan yang ketiga. Kalau desk officer tak ada maka rakan-rakan di sekeliling adalah bertanggungjawab untuk memastikan telefon itu dijawab. Tak kisah lah jika urusan tersebut bukan bawah tanggungjawab kita. Apa salahnya jawab...kemudian dapatkan butiran pemanggil dan maklumkan yang kita akan minta pegawai terbabit telefon semula nanti. Pemanggil tu pun akan rasa puas hati dengan tindakan kita itu.

Satu lagi perkara yang sangat saya paling tidak gemari iaitu forwardkan panggilan. Pernah jadi satu masa saya diforwardkan kepada beberapa orang pegawai dan diakhirnya saya disambungkan kepada pegawai yang pertama sekali saya telefon. Geram sungguh rasanya. Sudahlah masa terbuang lama sebab menunggu untuk telefon dijawab, masalah tak jugak selesai. Akhirnya cari SUB terus, lagi cepat selesai kerja saya.

Berkaitan dengan transfer kan panggilan jugak, pada pandangan saya elok sangat la kita maklumkan dulu pemanggil tue extension pegawai yang dia cari tue sebelum kita buat call transfer tue. Ini untuk mengelakkan kita diganggu semula sekiranya sambungan yang kita buat tadi tidak berjaya. Kan senang macam tue....

Pelik betul bila orang tak paham benda-benda macam nie. Nak diajar, ada yang kata benda ni terlalu remeh. Tapi percaya atau tidak benda-benda nie la yang akan menunjukkan betapa tidak cekapnya kita dalam menguruskan organisasi. Tepat sangat la ungkapan Malaysia nie mempunyai kemudahan kelas pertama tapi mentaliti masyarakatnya masih di kelas ketiga.


P.s.: Hidup akan jadi lebih mudah kalau setiap orang faham akan peranannya.