Anak2 buah dari Dublin telah datang ke London for their Easter break. Lebih kurang seminggu mereka di sini. During their stay di sini kami semua lepak di apartment yang disewa di Praed Street. Kalau nak duduk di rumah kami memang agak sardin la kan sebab bila campur2 semua orang ada dalam 10 orang masa tue. But the main reason kami lepak di situ adalah kerana my MIL tak larat nak naik turun tangga at our flat. Tinggi gak nak memanjat tangga kat rumah tu. Lebih2 lagi kaki MIL memang sakit so memang dia nak elak sangat naik2 tangga nie. Kat apartment tue ada lift so mudahlah sikit nak turun naik kalau nak pegi jalan.
We managed to go to some places. Memang meriah la jalan dengan budak-budak nie. Luckily, Rosie dan Aoife dah besar so mereka boleh diharap untuk menjaga budak2 yang lebih kecil especially Amsyar. Amsyar pulak bila nampak kawan2 yang besar daripada dia, dia pun nak berlagak mcm orang besar. Memang dia excited sungguhlah masa tue. Ye lah, dah boring tgk muka Ayah dan Mummy dia. Sekali jumpa dengan budak2 tue apa lagi, tunjuk terer la dia.
We went to Bicester Village tapi masa nie orang Dublin blum sampai lagi (wah!!!ke sini saje kiter ye...asyik nak perabih duit jer) . Seawal pagi dah bertolak dari rumah. We had breakfast at one of the services and we reach there around 11am. Saya sangat suka datang ke sini pada hari-hari biasa(not during weekends, Bank holiday or even worst Boxing Day) sebab orang adalah tidak terlalu ramai. Boleh jalan2 dan shopping dengan sesuka hati (banyak duit ker? dah la x kerja..melampau betul).
Cumanya kalau waktu biasa mcm nie xdelah byk sangat discount. Kalau ada kedai yg bagi discount tu, adalah. If not, beli pada harga outlet price sajala which is much cheaper daripada store kat Oxford Street n Regent Street tu. Saya xde nak cari apa pun. Jalan2 temankan MIL. Keluar masuk a few store. Hanya membeli di kedai yang ada SALE sajer.
MIL borong sakat T-shirt kat Ted Baker sebab ada offer. 2 shirts for 15 pound. Boleh kata borong semua size yang ada. Nie suma gara2 saya ternampak 1 shirt nie then ckp dengan MIL t-shirt nie lawa padahal masa tu x tau pun ada offer. Bila tau ada offer haruslah borong semua. Tak sempat nak ambil gambar ke apa sebab busy shopping (erkk...bukan saya yang shopping, saya teman sajork).
Bila budak2 dah sampai dari Dublin, we went to Legoland at Windsor. Kena sewa 1 lagi kereta sebab kereta kami x muat nak sumbat sampai 10 orang. Awal pagi dah keluar. Pegi tempat macam nie budak2 la yang seronok. Walaupun sampai awal umat manusia punya ramai kat pintu masuk Tuhan saja yang tahu. Nak tak nak kena beratur sama. Cuaca hari tu boleh tahan sejuk. Saya perasan terer sangat x sejuk so x pakai jaket ke ape. Sudahnya kesejukan sepanjang hari. Nak cerita panjang2 x larat so layan gambar jer la ye.
The next day they went to watch The Lion King. But of course yours truly tak dapat nak pegi sebab itu dua budak kecil tidak boleh masuk. Makanya kami anak beranak melepak di rumah saja hari tu. Elok jugak dapat rehat kat rumah sebab the day before dah sehari suntuk di Legoland. Kaki adalah sangat lenguh dan saya sudah kena flu pasal berlagak macho x pakai jaket semalam.
The kids ada mentioned nak pegi Science Museum. Maka ke Science Museumlah kami semua. Kiteorg pun x pernah sampai lagi tempat nie. Museum nie terletak di Exhibition Road kalau x silap saya. Termasuk museum nie dah tiga museum yang kiteorg dah pegi selain Museum of Childhood dan Museum of Natural History. Banyak lagi museum kat sini yang kiteorg x masuk lagi. Targetnya nak masuk semua museum yang ada kat London nie sebab rasa rugi kalau x pegi sebab admission fee adalah FREE!!! Btw, this museum very the BIG. 5 tingkat uolls. Macam2 ada. The kids really enjoyed themselves. Nak2 kat launch pad tue sebab kt sini diaorg boleh explore/experience sendiri all these science thingy. Tapi saya excited tu sebab dapat main2 kat situ.
Next visit was Ripley's Believe It or Not! I think uolls pun tau apa yang ada kat sini. Basically, apa2 yang ditunjukkan dalam rancangan ni di TV semua ada di sini. Cuma bila dah masuk nie dapatlah tgk secara dekat dan dapat informasi yang lebih detail. I liked this place. Tapi x dpt lah nak enjoy sangat n baca semua benda psl bawa si kenit Aimerykan. Kadang2 menangis, kejap karang nak minum susula, n mcm2 lagi. Amsyar sukalah masuk tmpt mcm nie sebab dia dibebaskan dari push chair dan boleh berlari dan berkejar-kejaran dgn kakak2 dan abang. Nasib ada Rosie dan Aoife maka bolehlah diaorg tgk2 Amsyar tue.
No comments:
Post a Comment