Semalam tanya hubby, esok nak pegi ke mana? Hubby ajak pegi Westfield Shopping Centre. Saya tanya hubby best ke tempat tu? Hubby kata macam pegi KLCC. OIC. Saya cakap lah dengan hubby nanti jomlah kita pegi Portobello Market. Portobello Market nie salah satu market yang famous kat London nie. Londoners and tourists suka datang sini sebab macam-macam ada. Lagi satu tempat nie famous sebab ada scene dalam cerita Notting Hill shoot kat sini. Mau nye x glamer tempat nie. Daripada pakaian, makanan, barangan antik, dan lain2 semua ada di sini. Portobello Market turut dikatakan the world's largest antiques market.
Tiba-tiba hubby kata kita pegi sana je lah esok. Pulak dah?! Tadi kata nak pegi Westfield. Westfield tue macam KLCC je. Nanti-nanti la kita pegi. Oke dokie. Maka kami ke Portobello Market hari ini. Kami naik bus je ke sana. Lebih kurang dalam 15 -20 minit dah sampai. Tapi yang peliknya, signboard marketnye kami nampak cuma marketnya macam nan ado. Erk...apasal pulak nie?
Saya suruhlah hubby tanya orang kat situ. Rupa-rupanya market hanya beroperasi pada hari Jumaat dan Sabtu saja ye kawan2. Takde rezeki kami hari nie. So sad. Tapi kedai-kedai yang lain masih dibuka. Market saja yang takde. Oleh kerana perut dah lapar, kami pun jalan-jalan lah di kawasan sekitar utk mencari tempat makan. Jalan punya jalan terjumpa kedai makan melayu uolls. Rezeki kami nampaknya. Nama kedai tue 'Makan'. Nampak macam menarik. Ramai jugak mat salleh yang makan kat situ. Kami masuk dan terus order makan sebab dah lapar sangat. Saya makan Mee Laksa Singapore and hubby order Char Kuey Teow yang pada pandangan saya x berapa nak char. Macam kuey teow biasa je nampaknya. Mee saya kira ok lah sebab x berapa pedaskan, kalau pedas mesti best. Hubby punya kira bolehlah.
Lepas makan kami sambung jalan lagi. Portobello Market nie adalah sepanjang Portobello Road. Jauh jugak berjalan. Kalau ada market mesti lagi meriah tempat nie. Masa jalan tue ada ternampak kedai jual fresh water pearl. Ajak hubby singgah untuk tengok kot2 ada yang berkenan. Boleh tahan jugak pearl dia. Macam-macam kaler ada. Lepas dah belek-belek tue, saya beli dua rantai panjang. Kalau beli banyak bolehlah tawar-menawar dengan tuan kedai. Boleh beli pakai card tapi they all prefer kita bayar cash. So kalau datang, sila bawa cash banyak2 ye.
Kalau ada masa nanti, saya nak ajak hubby datang sini. Bukan nak beli apa sangat pun. Saja nak merasa sendiri kemeriahan di Portobello Market nie. Bolehlah share cerita dengan kwn-kwn sekalian.
Banyak gila mesin jahit jenama SINGER kat kedai nie
No comments:
Post a Comment