Monday, February 11, 2013

Congrats!!!!


Lupakan sebentar citer percutian Krabi yang tak habis lagi tue. Hari nie nak citer sikit pasal majlis resepsi my friend, Ikhlas dan cinta hatinya Jeffrey. Ikhlas nie kawan yang sama-sama dilantik berkhidmat dalam government tahun 2004 dulu. Masa tue kenal dia gitu-gitu je. Tak rapat sangat pun. Tapi pada tahun 2006 kami telah menjadi housemate bila saya transfer dari Melaka ke Putrajaya. Masa tue masing-masing masih bujang lagi. Kiteorang tinggal kat Taman Kajang Utama. Kiteorang tinggal bertiga. Sorang lagi Amy Lisa, kawan satu batch jugak. 

Lama sungguh percintaaan Ikhlas dan Jeff nie. Kalau ikut ceritanya since tahun 2007 bila they all terserempak di Kuala Terengganu ketika masing-masing sedang bercuti di sana. Part yang lama tu, iolls tak berapa nak heran sangatlah sebab biasa jugak dengar orang bercinta sampai 7 8 tahun nie. sepanjang tempoh tue ada sekali 2 jumpa Jeff. N if I'm not mistaken they came to our wedding back in 2008.

Part yang buat iolls terkagum adalah percintaan jarak jauh mereka itu. Ikhlas di KL tapi Jeff di NZ. Uolls kira sendirilah berapa punya jauh da... beribu-ribu kilometer punya jauh. Nie dah percintaan antara benua dah konsepnya. Iolls cannot tahan kalau bercinta PJJ macam nie. Dulu Melaka dengan KL pun dah terasa jauh. Berusaha gigih nak menukarkan diri ke Putrajaya (TQ Zana J kerana membantu diriku ini).

Alhamdulillah, cinta diaorang sangat teguh dan jodoh mereka memang telah tertulis. Ikhlas dan Jeffrey telah diijabkabulkan pada 24 Dis 2011 yang lepas. And to make it interesting, the solemnization was held at Leed, UK masa Ikhlas tengah further her Master degree. Very the international.... 3 benua berjaya menyaksikan percintaan diaorang nie.

Malam Sabtu lepas telah diadakan majlis resepsi pengantin perempuan bertempat di Dewan Merak Kayangan KL. Walaupun majlis nie diadakan setelah setahun majlis pernikahan mereka, suasana tetap meriah. Ikhlas look stunning in her dress n Jeff sangat segak berbaju Melayu.

Friday, February 8, 2013

Krabi With Besties...Part 3




Hari nie malas nak citer panjang, layan gambar je boleh???? Boleh la ye....

Ok hari nie adalah activiti island hopping. Kami telah pilih 4 Islands Tour. Kenapa pilih pakej nie? Mudah saja...jawapannya kerana tempat nie semua orang belum pergi. FYI, nie trip Kedua Azua ke Krabi so basically ada island yang dia dah pergi masa 1st visit dulu. So supaya semua happy, kite pilih yang masih belum dilihat oleh semua orang. 

Actually selain daripada 4 Islands tue (which include Poda, Ko Gai (Chicken), Tup and Phra Nang), ada lagi beberapa package pulau lain yang uolls boleh pilih. Contohnya Hong Island, Phi Phi Island and James Bond Island. So tepuk poket, tengok ada duit lebih tak? Kalau ada duit lebih boleh sebat semua pakej sekali.

So, kol 8.30am dah ready nak bertolak. Tapi dah settled semua benda lebih kurang kol 9.15am baru bergerak dari pantai Ao Nang ke tempat yang ditujui.

The gurls...ready to have fun!!!!

Thursday, February 7, 2013

Krabi With Besties...Part 2



Memandangkan geng yang lain baru nak sampai tengah hari nanti so Azua n I decided to go to Phuket. Day trip saje. Krabi dengan Phuket tak jauh uolls. Lebih kurang macam dari KL pegi Pagoh je lalu highway. Akan tetapi jangan la bayangkan jalannya seperti highway PLUS kite tu. Tidak sama sekali.

Untuk ke Phuket nie ada 2 option yang kite boleh pilih iaitu samada nak menggunakan jalan darat or laut. If uolls decide nak menggunakan jalan darat, banyak je agen-agen/tourist agent yang menyediakan kemudahan pengangkutan ke sama. Boleh pilih nak naik bas ke, nak charted private van ke...semua boleh. Bergantunglah pada bajet masing-masing. Otherwise, uolls boleh jugak pilih ferry. Nie pun banyak offer yang uolls boleh dapat daripada agent.

As for ourselves, kiteorang decide untuk booked 1 kereta sebab kami berempat je. Mudah jugak jalan sesama kite je. Boleh buat suka ikut kepala sendiri. Azua did all the booking. TQ Azua. Driver amik dari hotel jam 8.30 pagi n terus gerak ke Phuket. And kalau ada yang tertanya-tanya how much it cost, jawapannya RM450 untuk 1 kereta (return).

Driver kiteorang tue Muslim and nama dia Karim. Boleh tahan gak dia bawa pajero tu. Tak tau berapa kali mengucap saya dan Azua kat seat belakang. Paling slow dia bawa 110 km/j. Rasa macam naik racing car pun ada. Laki-laki kiteorang nie elok je tido. Nak-nak laki laki I la. asal kena air-cond je terus pengsan. Tak boleh harap punya co-pilot. Saya dengan Azua nie yang penat kaki tekan brek kat belakang...;p

At last after almost 3 hours in the car baru la sampai ke tempat yang ditujui. Karim berhentikan weolls kat Jungceylon Shopping Centre dan kat sikit jugak dia akan pick up weolls nanti. Asked him to come n pick us up at 5pm.

First destination di Phuket adalah mencari Hardrock Cafe. Dari shopping centre tu ingat nak naik tuk-tuk la ke situ sebab macam jauh je tempatnya. Sekali pemandu tuk-tuk tu tak nak ambik kiteorang da.... Dia suruh kiteroang jalan je. Mungkin bagi dia tempat tu dekat sangat dan tak banyak yg dia dapat collect dari kiteorang. Huhuhu....makanya menapak la kami di tengah hari buta tu.

Sunday, February 3, 2013

Krabi With Besties...Part 1



Bismillahirrahmanirrahim....mari la saya mulakan cerita percutian sikit ke Krabi dan Phuket dengan BFF zaman uni dulu. Alhamdulillah walaupun semua dah sibuk dengan kehidupan masing-masing tapi tali persahabatan nie masih kukuh terjalin sehingga kini (eh...eh...apsal keluar ayat novel/bebunga cinta nie ????).

Memula mari citer macam mana boleh terjadinya trip nie. Semua nie adalah gara-gara promotion tiket murah AirAsia tahun lepas. Ye kawan2...tahun lepas punya promo, tahun nie baru bercuti. Nak tiket murah punya pasal, maka haruslah beli awal.

Ain la yang paling cekap merancang trip nie. Dia yang roger bila tiket murah, bila ada cuti, etc....Oleh sebab kecekapan itu, beliau telah dilantik sebagai project manager. Memang tepatlah pilihan kiteorang menjadikan dia PM trip nie. Semua berjalan lancar dan selamat.

Trip kali nie telah disertai oleh 6 orang BFF (Me + Hubby, Ain + Putra, Azua + Badd, Zailie + Man, Erin + Khairul, Surya + Edy) bersama hubby masing-masing. Nie trip untuk couple-couple je. Anak-anak terpaksa ditinggalkan untuk seketika. Btw, at the moment Surya n saya je ada anak kecil. Yang lain masih honeymoon lagi....;p

We came to Krabi on different date due to flight ticket price. Me, Azua n Erin arrived on 23 Jan while the others arrived on 24 Jan. Stayed in Krabi till 27, except for Erin n hubby. They left on 26 Jan.

During 5 days kat Krabi. kiteorang tinggal di Ao Nang Beach Hotel. It is a small hotel in the middle of Ao Nang Road. Tapi puas hati and selesa tinggal kat situ sebab everything is just a walking distance. Nak shopping, makan, massage, sewa motor, etc..semua dekat. Memang terbaiklah pilihan PM. Siap ada free wifi lagi. Sangat memudahkan komunikasi. Sebelum keluar bilik semua sibuk whatsapp antara satu sama lain. Dah buat decision baru keluar bilik.

Thursday, January 31, 2013

From My Kitchen Presenting...Bubur Kacang Hijau + Durian


Maaf la sebab menyepi untuk seminggu dua nie. Baru balik bercuti uolls. Trip dengan besties zaman university dulu. Bila semua dah berkumpul memang havoc la jadinya. Tapi kali ni belum nak citer pasal trip lagi sebab belum ada kerajinan nak mengingat semula apa yang telah diharungi selama 5 hari di tempat orang. Sat lagi datang mood nak mengarang, iolls up la citer pasal cuti tu. Cuti dekat-dekat je...Nothing to shout actually.

Sementara itu, mari la kite citer pasal bubur kacang + durian yang saya buat hari Selasa lepas. Mind u..this is the first time saya masak bubur kacang hijau nie. Selalunya jadi tukang makan je sebab ibunda terchenta dah siap masakkan. Tinggal nak ngap je. 

Idea nak buat bubur kacang nie terhasil apabila peti sejukku itu semerbak bau durian. Tak tahanla pulak kuat sangat baunya. Durian tue jiran sebelah rumah yang bagi. Dia akan kebun durian rasanya. So kalau ada rezeki tu memang kiteorang dapatlah beberapa biji. Hari Selasa sebelum kiteorang nak gi holiday tue, dia bagi lagi dalam 4 biji durian. Mak aii...sapa nak makan bebanyak tue. Tapi rezeki jgn ditolak. Kite kopek siap-siap dan masuk dalam tupperware, then simpan dulu dalam fridge. Kononnya nak makan lepas balik holiday la. 

Balik berjalan tue memang tak makan langsung. Pikir-punya pikir, kalau buat bubur letak durian nie memang awesome. Dah terbayang dah keenakan durian tue. Air liuh pun dah start berkumpul kat tekak dah. Cuma ada masalah sikit la... Camne nak masak bubur kacang nie???? I is dont know!!!! Terus SOS ibunda di kampung.

Wednesday, January 23, 2013

Happy 14th Birthday Rosie!!!!!!



1st time celebrate birthday dia kat Malaysia. Selama nie they all satu family menetap kat Dublin kan..memang tak dapat la nak celebrate sesama. 4 days before, my SIL dah booked time we all semua (just to make sure everyone reserve the date).

We celebrated her birthday by having lunch at Rock Salt Grill & Coffee kat Aeon Setiawangsa nun. Saya tak pernah datang sini dan baru tau tentang kewujudan this restaurants. There were 19 of us. Sangat meriah..Tu family dekat je tu..and campur Aunty Jan, Uncle Din and Aminan.

Pagi memang saya dah spare perut untuk makan banyak lunch nanti. Sanggup minum Milo je for breakfast sebab kalau makan banyak nanti tak boleh nak makan bebanyak. Rugi oo... Tapi on the way nak pergi KL kepala sudah pening sebab perut lapar. Bagi tau hubby. Memang silap la dek non..Kena bebel lagi ada. Dia marah sebab tak makan. Huhuh..menyesal iolls sebut!!!


Maing-masing melayan diri sementara menunggu food sampai

From My Kitchen Presenting..... RV Cupcakes



Jumaat malam hari tue oven beroperasi lagi. Kali nie saya buat red velvet cupcakes. Dah lama sediakan bahan-bahan tapi mood membaking resepi nie tak mari-mari. Bibik dok risau tengok saya selalu bawa balik bahan-bahan nak buat cake ke rumah. Dia kata saya rajin buat tapi kat rumah takde orang nak makan.

Tapi kali nie buat pun ada sebabnya. Tue yang macam terpanggil nak buat RV Cupcakes malam nie. Hari Sabtu lepas (19 Januari) was Rosie's 14th birthday (Rosie's is SIL 1st daughter). Aunty Miza dia pun saje la nak bagi this cupcake for her birthday.

Dulu masa kat London dah pernah buat RV cupcakes nie. Tue la pun sekali buatnya. Lepas tue takde nak buat lagi dah. Akan tetapi untuk kali nie punya attempt kira dah ada sikit pengalaman la. Insyallah, kesilapan tue boleh diminimakan.


My 1st RV Cupcakes

Friday, January 18, 2013

Aimery Turns 2...


Walaupun dah lepas tetap nak cerita jugak. Takut nanti kalau budak2 nie dah besar dan terbaca blog mummy dia, ada yang complaint yang mummy dia berat sebelah. Birthday abang mummy buat post tapi birthday adik takde entry pun. So sebelum itu semua terjadi eloklah kita kurang2 benda-benda yang boleh menimbulkan perbalahan disebabkan entry birthday takde dalam blog kecik mummy nie.

As I mentioned earlier, birthday Anye dah lepas. On 31 Dec to be exact. Tarikh kelahiran Anye adalah pilihan sepakat Ayah and Mummy. We had option that time sama ada nak pilih tahun 2010 or 2011 (boleh pulak macam tue kan). Tapi sebab Mummy taknak anaknya jadi budak paling tua dalam class so mummy telah pilih 31 Dec 2010. Dengan itu, instead of jadi budak paling tua dalam kelas nanti... dia akan jadi murid paling muda...hehehe. Apa motif sebenar nak jadi paling muda, I oso dunt know.


Birthday Boy

Iklan




Saya ada Coach and Fossil handbags for SALE...

If berminat sila ke my blogshop ye...

TQVM!!!!!!!!!!!!


Wednesday, January 16, 2013

I'm A Grandma....



29 Disember lepas my family n I ada jemputan ke rumah my cousin kat Kajang nun. Dia ada buat majlis sikit bersempena aqiqah cucu dan masuk ke rumah baru. Suka je kalau orang jemput datang makan nie. Memula nak pergi saing dengan my parent sebab diaorang tido rumah malam sebelum tu. Tapi at last, diaorang bertolak dulu ke Kajang coz kiteorang terpaksa tunggu Bibik sampai dari Surabaya. Flight delayed katanya. At last pukul 5pm lebih baru sampai Kajang.

Khemah pun dah siap buka masa kiteorang sampai. Tapi kata sedara kan..so apa ada hal. Redah je la. Kat dalam rumah banyak lagi makanan. Amik je pinggan dan makan. Menu hari tue, nasi beryani. Memang tengah lapar tahap gaban sebab tak masak kat rumah kan. Simpan perut nak makan kat sini temanya. So makanlah dengan jayanya.

My cousin nie dah baya-baya my mom dah. Mak anak no. 7 daripada 11 adik beradik. My cousin tue anak pertama daripada kakak mak yang sulung. So memang patutlah dia dah bercucu pun. Anak my cousin yang sulung pun muda setahun je dari iolls ok.

Saya pun cakaplah kat mak, "Eh..mak dah jadi moyang la sekarang. Nie dah ada cicit dah nie. Tua bebenor dah mak nie" Confident je cakap macam tue kat mak. Masa tue tak sedar diri ok... Lepas dah beberapa minit tue tetiba ....

"OMG...OMG...Kalau mak dah jadi moyang, maknanya Along nie dah jadi nenek la ye????" (dengan ekspresi muka yang tidak dapat terima kenyataan yang diri telah ada title nenek).

My sister lagi kurang asam, menambah kuah...." Tau takpe, jangan la nak feeling2 muda. Dah ada cucu sekarang ye."

Clear



Isnin lepas gigih membuat 5S kat opis/bilik sendiri. Selalu kalau balik meeting ke apa, campak semua dokumen atas meja. Last-last, bertimbun fail/kertas and folder kat atas meja nie. Semak mata memandang. Setiap kali nak mengemas banyak pulak kerja nak kena settle. Tertangguh dari sehari ke sehari niat nak mengemas.

Akan tetapi hari Isnin lepas, saya telah berjaya meluangkan sikit masa melaksanakan kerja-kerja sisih/susun/seragam/musnahkan dokumen kat bilik nie. Syabas kepada diri sendiri (pat shoulder). Sambil-sambil buat kerja, sambil semak balik apa yang boleh dihapuskan dan apa yang perlu difailkan.

Dan hasilnya....



Tuesday, January 15, 2013

From My Kitchen Presenting : Simple Chocolate Cake



Alkisahnya begini.

Hari Khamis lepas, hubby called tanye kalau nak buat spaggetti bolognese esok (hari Jumaat) sempat tak? Saya cakap la sempat je. Simple je kot nak buat benda tue (mati la berlagak.....). Cuma saya kata nak kena gi supermarket la petang tue sebab ada a few ingredients yang takde kat rumah. Kat opis hubby nak buat farewell untuk one of the staff. Masing-masing nak kena bawa potluck. Nie second time kot hubby suruh buat spaggetti untuk bawa ke office dia.

So malam tue iolls masaklah. Cepat je masaknya sebab bahan-bahan semua Bibik dah sediakan. Memang biasanya saya masak malam, then pagi nanti saya panaskan apa yang patut then we good to go. Kuah satu bekas dan spaggetti satu bekas.

Jumaat malam  tue hubby cakaplah thanks sebab tolong masakkan spaggetti (you are welcome!!!) dan dia kata spaggetti tue sedap sampai tak cukup. Erm...dulu masa masak pun dia kata macam tue jugak. So basically kite berjaya la maintain the taste. Pujian ikhlas ke pujian bodek iolls tak kisah. Yang penting orang tak sakit perut makan spaggetti saya. Haru pulak kalau satu opis cerry berry sebab spaggetti iolls!!!!!!

The next day, pergi rumah SIL kat Bukit Mahkota. Dia baru pindah rumah. So kita pergi nak bagi support and nak tolong apa yang patut. Nak pergi macam tak sedap pulak tak bawak apa-apa so iolls pun sempatla meng'google' resepi simple chocolate cake nie. Recipe from this site.

Simple Chocolate Cake

Thursday, January 10, 2013

Red Book



Dah sampai masa untuk perbaharui buku merah kite. Buat pun sebab ada trip hujung bulan nie kalau tak memang tak buat la jawabnya. Tarikh tamat 30 Januari. Nak renew ujung-ujung sebenarnya sebab x payah la nak renew cepat sangat nanti, buat rugi je. Tapi dalam masa yang sama tak nak buat last minit sangat sebab takut ada masalah-masalah yang tak dijangka. Tak sempat pulak buat passport baru dan terlepas pulak trip yang dah plan hampir setahun lamanya. We dun want that of course.

So Jumaat minggu lepas gigih la minta pelepasan dengan boss nak pi Pejabat Imigresen kat Presint 15 nun. Boss iolls cool jer so xde masalahlah la. Minta pelepasan 2 jam kot dari 9am sampai 11am sebab bajet dalam 2 jam tue dah boleh dapat dah passport.

Sampai je sana tengok dah ramai dah umat manusia. Semua macam tengah resah menunggu. Iolls pun gi la amik no. dulu walaupun x memahami apakah kejadian sebenar. No. 62. Ok nice. Kat board angka giliran tue macam takde apa no. pun. Rupa-rupanya no. x jalan sebab sistem tengah down. Patutlah orang kat situ marah-marah dan tak senang duduk rupanya.

Ada la terdengar orang2 tu bertanya kat pegawai bertugas bila sistem nak ok. Pegawai tu x berani guarantee bila sebab dia pun x pasti berapa lama masa yang diperlukan untuk orang IT check apa masalah sistem diaorang tu. Masa tue ramai la yang dah start amukan. Iolss cool je sebab sebagai orang gomen iolls paham kekangan yang dihadapi bila melibatkan sistem. So duduk je la menunggu. Malas nak bising-bising. But the good thing is, the officer bagi option la kat pelanggan tu semua. Kalau tak nak tunggu kat situ bolehlah pergi ke Pejabat di Jalan Duta or UTC kat Jalan Pudu tu. Terpulanglah uolls nak tunggu ke or nak ke 2 lokasi lagi tu.

Kesudahannya sampai jam 11am pun sistem masih down lagi. Nasib la masa datang tadi sempat bawa buku so dapatlah baca suku buku. But then, saya decide balik je la sebab mungkin sistem akan terus down sampai pukul 12.15pm nanti. Pastu dah tutup untuk solat Jumaat. Lupakan saja nak buat passport hari ni.

Tuesday, January 8, 2013

Poor Boy



Aimery had fever since Friday. Dengan itu, weekend lepas hanya dihabiskan dengan melepak di rumah saja kecuali keluar dinner sekejap dengan member sekolah kat Haslinda Sims Abdullah di Bangi. Jumaat malam tue badan dia dah start panas. Bagi makan ubat dan letakkan kain basah kat kepala dia.

Memula tido tue ok la sebab ubat still berfungsi lagi kan. Tapi malam tue memang tak lena tido dibuatnya. Kejap2 dia merengek. Kejap-kejap kang dia terjaga. Badan pun boleh tahan panas. Letak kain basah kat kepala pun dia marah. Dia tak suka. Degil pulak tue.

Sabtu pagi tu macam ok sikit. But basically demam dia on off. Bila makan ubat dah ok sikit, dia bukan main gembira lagi main. Siap gaduh-gaduh lagi dengan Amsyar. Tapi bila dah start demam naik balik, cranky nya bukan main lagi. Memang mencabar kesabaran betul. Tapi kata Bibik kalau saya takde, dia takdelah mengada sangat. Tapi bila Mummy dia ada mengada adalah terlampau. Nak kan perhatian la tue. Ahad pun sama jugak. Demam on off.

So Monday saya decide bawa gi klinik kat rumah tue. Cakap dengan PA Boss masuk opis lambat sikit sebab nak bawa anak ke klinik. So dalam pukul 9am lebih macam tue, saya pun bawa la Aimery. Berdua je. Amsyar tinggal dengan Bibik kat rumah. Amsyar tu macam senang sikit, tak banyak citer sangat. Kalau mummy nak keluar work or jalan pun dia tak kisah sangat nak ikut unless kalau kita ajak dia.

Tapi Aimery tidak begitu. Asal nampak mummy dia bersiap je, dia pun dah ready tunggu depan pintu. Selalu cakap..."Amee...Ayie nak jalan". Sangat kaki jalan budak nie. Awas kalau tak bawa dia, mula la drama kat depan pintu.

So pagi tue bila dapat gi klinik dengan mummy pun dah happy sebab dapat jalan. Wal hal dia bukan suka kalau jumpa doktor. As expected bila Doc nak check je....mula la episod sedih. Air mata meleleh bukan main lagi. Doc tak sentuh lagi tu. Very the drama....

Thursday, January 3, 2013

Bye-bye 2012 Hello 2013



Well I know, I missed the date. Tapi takpelah, better late than never. Selamat Tahun Baru 2013 kepada oulls semua. Mudah-mudahan tahun baru nie memberi seribu kebahagiaan untuk korang semua. Ada azam baru ke untuk tahun nie? Or uolls decide tak nak buat azam apa-apa sebab azam tahun lepas satu pun tak tercapai. Basically I think it's fine kot kalau tak buat azam apa-apa untuk setiap tahun baru. Bukan lah kita loser sangat kalau takde azam kan. Lagi teruk kalau letak azam melampau and yet u didn't do anything about it. Goyang kaki saja mengharapkan ia terjatuh depan mata. Upsss..terbagi ceramah pulak. No good...no good...But, really guys...I wish u all the best in what ever u aim for this year.

As for me, takde la nak berazam beriya sangat tahun nie. I'll just carry on with my 2012 azam n take it more seriously this time. Sepanjang tahun 2012, I think I've managed to do at least 60% of what I wrote at the beginning of the year. That is not bad huh??!!! So this year at least kenala up to 70%. Meaning...save more money ( less shopping and buying unnecessary stuffs), read more books (intellectual ones to be exact), don't missed solat n give sedekah, and bring the family for a holiday. Semoga dipermudahkan semuanya. Amin.

Having said about 2013, actually ada banyak jugak kenangan untuk tahun 2012 nie.

Januari

Dapat Bibik untuk pertama kalinya dalam hidup. Pertama kali juga nak duduk serumah dengan orang luar. Masa nie memang macam-macam perasaan ada. Tapi tak banyak pilihan so redah je. Walau pun di awalnya ada banyak masalah seperti nama Bibik telah disenarai hitam oleh JIM tetapi segalanya dipermudahkan oleh Allah. Rayuan kami diterima oleh JIM dan bolehlah Bibik bekerja dengan kami untuk tempoh 2 tahun.