Sunday, June 24, 2012

Work n Leisure



Hari Rabu dan Khamis lepas tak masuk office sebab ada jemputan untuk pergi bengkel. Tak jauh pun. Dari opis tue 10 minit dah sampai tempat bengkel. Bengkel kali nie di Pullman Putrajaya. Excited jugak nak pergi sebab tak pernah menginap kat Pullman nie. Kalau tengok dari luar memang nampak macam gempaklah la jugak.

Tapi saya tak nak menilai dari luaran je. So dah ada peluang nak melihat sendiri tempat nie, mohlah kita berbengkel (ayat cover sebenarnya pegi nak test hotel yang lebih). Pagi tue tak sempat check in lagi, terus je pergi dengar ceramah sebelum bengkel bermula. Around 12.30pm, dah abis ceramah dan sekarang adalah masa untuk makan.

Dari segi pilihan lauk tue boleh tahanlah. Kalau ayam tue, 3 empat jenis ayam ada...nak ayam kari ada, nak roasted chicken ada, nak gulai ayam pun ada. Pendek kata macam macam ada. Tapi bila dah nampak semua ayam tue macam boring pulak rasanya. Besides ayam, ada jugak lamb, beef, and fish.  Rasa nak jadi mat salleh pasta dan all types of salad semua disediakan. Sayur pulak dia hanya ada bendi je tengah hari tue.
Tengah hari tue x larat pulak nak makan bebanyak. As starter, saya makan mushroom soup and bread. Then jamah nasih n some pasta n pizza. Tue pun dah rasa kenyang sesangat. Akan tetapi still nak makan dessert. So amik la sikit fruit, apple crumble n some some choco moist cake. The crumble memang sedap tapi too sweet to my liking. Kalau dia tak manis sangat, sure dah pergi amik for second round.


Dah kenyang terus check in bilik. Nak pergi bilik nie pun satu hal. Sebab maklumlah 1st timer kat hotel nie so tak berapa nak paham sangat la tentang kedudukan bilik-bilik dia. Jalan punya jalan ingatkan dah sesat tapi rupa-rupanya kena jalan lagi kat lorong-lorong tue sampai lah jumpa bilik. Nie kalau tengah-tengah malam nak balik bilik memang scary gak la sebab antara pintu masuk  ke pintu bilik agak jauh perjalanan dan lorong yang perlu dilalui. Siang nie memang la berani sikit.

Bila masuk bilik, muka ada senyum. Hehehehe...maunya tak senyum sebab bilik adalah besar dan sangat selesa. Katil pun sangat empuk. Dah lama tak dapat tidur katil besat macam nie. So saya adalah jakun untuk beberapa saat. And I know I'm going to have a good nite sleep tonite.







Sepanjang 2 hari 1 malam di Pullman tue, saya rasa sangat rileks dan selesa. Hotel nie penuh dengan pokok-pokok yang menghijau yang membuatkan kita rasa sangat relaks. Besides that, they have all this air pancut and ikan-ikan  dalam kolam yang membuatkan kita berasa seperti berada di kawasan perkampungan. Bangunan kat sini ada campuran elemen tradisional dan moden yang cukup menarik. Rasa macam nak datang dan berehat kat sini je dengan family kalau ada kesempatan. Saya tak sempat nak round habis kawasan hotel nie but daripada map yang saya lihat tue, diaorang ada sediakan pelbagai kemudahan lain seperti Kid's Club, Wii Room, Games Room, Gym and Sauna, and some water sport activities.




So, kalau nak datang bercuti dengan keluarga kat sini adalah highly recommended. I had fun staying in this hotel and hopefully you'll too. For more info you can go to their website.

Have a nice weekends guys.




No comments: