Ini entry tertangguh. Dah lama simpan niat nak tulis tapi tak tercapai-capai hasrat ini sehingga ke hari nie. Tapi alhamdulillah akhirnya terzahir jugak hasrat murni nak menulis entry ini. Saja jer nak share pengalaman dengan kawan-kawan tentang BGWP. Mungkin ada antara uolls yang dah pergi pun.
Saya berkesempatan pergi ke sini atas urusan kerja bukan
bercuti pun. So keseronokan itu adalah sangat berbeza sekiranya hadir ke sini
bersama family sendiri. Walau apa pun, dah ada kesempatan nie moh la kita explore
apa yang ada kat sini. Mana la tau kalau nak datang dengan family nanti,
mudahlah urusannya. Sebelum lupa apa-apa maklumat yang penting maka eloklah
kita semadikan maklumat tersebut di dalam blog ini untuk rujukan bersama. Saya datang
ke sini pada bulan Disember tahun lepas.
Actually BGWP nie salah satu kemudahan yang disediakan oleh
Bukit Gambang Resort City. Besides BGWP they also have Resort and Active
Academy. Tapi kali nie nak focus pada BGWP sahaja dan serba sedikit pasal
Resort. Yang satu lagi tue tak pernah pergi so macam x sesuai nak cerita pasal
tempat yang kita sendiri pun tak pernah masuk, tak gitu????
Untuk makluman uolls, selama 3 hari 2 malam di sini, saya
menginap di Resort yang dinamakan Caribbean Bay Suites. Secara keseluruhan ada
578 unit bilik yang disediakan untuk para pengunjung. Terdapat beberapa blok
yang menempatkan pelbagai jenis bilik mengikut keperluan anda. Basically they
have 3 types of room :
Spend 3 hari 2 malam di sini |
1. Studio Suite (140 rooms) : RM238.00 nett(including 2
breakfast)
2. Family Suite (420 rooms) : RM388.00 nett (including 4
breakfast)
3. Deluxe Suite (18 rooms) : RM488.00 nett ((including 3
breakfast)
So bolehlah pilih mengikut keselesaan anda. Yang uniknya,
setiap bilik akan ada individual balcony. Bolehlah feeling-feeling breakfast or
tea-time kat balcony. Untuk tempoh tersebut, saya menginap di Studio Suite. Walau pun
studio, besar gila ok bilik dia. Setakat nak masuk 4-5 orang pejam mata je.
Siap ada small lounge dan dapur. Tapi kat dapur tue takde la boleh nak
masak-masak. Setakat nak bancuh kopi buat minum the petang tue boleh lah. Tak
percaya? Cuba uolls lihat dengan mata dan kepala uolls sendiri.
Bilik saya - Studio Suite |
Tilam adalah besar. Boleh main golek-golek |
Lounge area. Nampak tak kawasan dapur kat tepi tue? |
Balcony |
Kawasan dapur..Wo pu ci tau apsal gambar ni tergolek macam nie |
Hah, apa macam? Besarkan. Memang selesa sangat. Tapi bila duduk sorang tue memang bosan lah. Tapi abaikan. Bukan nak duduk sangat kat bilik pun. Dari siang sampai ke malam sibuk berbengkel. Makanya bila balik bilik tue memang nak tidur je.
Mula-mula tue macam
malas je nak pergi BGWP sebab macam takde member. Tak janji pun dengan
budak-budak urusetia yang kebetulan daripada Jabatan saya. Tapi bila
mengenangkan tak ada apa nak dibuat di bilik dan flight nak balik KL pun macam
lambat lagi so mari kita lihat apakah rupanya BGWP itew. Wrist band dah include
dalam pakej bengkel maka moh la kita pergi alang-alang dah ada wrist band tu.
Dari resort ke BGWP tue takdelah jauh sangat. Mungkin dalam 500m. Tapi kalau nak jalan pada pukul 1pm dengan matahari yang terik itu saya
tak sanggup. Actually kita ada dua pilihan untuk smp ke BGWP daripada resort
iaitu samaada dengan memandu kereta anda sendiri ke sana atau kalau malas lagi
sila bayar RM1 untuk naik tram yang disediakan. RM1 tue untuk perjalanan pergi
dan balik ye kawan-kawan. So kalau rasa saying sangat lelemaks yang kite dah
kumpul tue, jom naik tram.
Sampai kat sana je saya top up nilai utk wristband tadi. Kat
dalam BGWP tue diaorang tak pakai cash langsung. Jadi the 1st thing
u have to do adalah menambah nilai prepaid wristband bagi membolehkan anda
menggunakan kemudahan yang disediakan dalam
BGWp. Saya terus tambah RM50. Kalau tak habis guna tak apa sebab nanti
dia akan pulangkan semula baki yang tinggal pada kita.
Basically saya gunakan loaded wristband tue untuk sewa locker dan sewa tiub. Takde beli makan ke apa
sebab sebelum masuk tadi dah lunch makanya masih kenyang lagi. Tapi kalau uolls
lapa ke apa, dun worry sebab kat dalam tue semua ada. Mak ayah je diaorang tak
jual kat situ…..hehehe!!!
Sekarang mari kita cerita apa yang ada kat dalam BGWP
itew. Basically ada few attraction yang
uolls should try out. Yang paling best sekali bagi saya adalah Coco Beach. Kalau
uolls masuk memang takkan terlepas pandang tempat nie sebab ia agak bear. Coco
Beach nie adalah wave pool. Diaorang claim Coco Beach nie adalah wave pool
terbesar kat Malaysia. Sejauh mana kebenarannya saya tak pasti. Tapi yang saya
pasti wave dia memang melampau kuat tak hengat dunia. Melayang-layang
dibuatnya bila dibantai oleh ombak yang kuat itew. Tapi memang seronok. Nak-nak
pulak masa nie dah terjumpa dengan budak-budak urusetia bengkel tadi maka lebih
meriahlah majlis.
Map BGWP |
Signage pun ada banyak. Tak perlu risau jika sesat...boleh sesat ke???!!! |
Laluan ke kawasan permainan |
Coco Beach dengan ombak yang kuat |
Pandangan daripada kawasan 6 Lane Racer |
Seolah-olah berada di tepi pandai |
Yang 2nd menarik bagi saya adalah Tree Top hill
Slides. Kat area nie ada beberapa jenis slide yang oulls boleh cuba. Antaranya
6 Lane Racer, Crystal Slide, Galaxy Slide, Canopy Slide dan Family Raft Ride.
Dalam banyak-banyak tue saya saya hanya try 6 Lane Racer (giler tak fun saya
nie). Bukan apa malas nak mendaki banyak kali. Tinggi boleh tahan jugak nak
kena naik sebelum kite boleh berslide-slide segala.
Budak-budak urusetia tu la yang ajak saya try 6 Lane Racer
tue. Mula-mula tengok je dah cuak dah. Tak pernah ok main slide macam tue.
Tinggi pulak tu. Kat dalam kepala nie dah terfikir macam mane kalau tetiba
terslide daripada landasan yang disediakan. Boleh mati ok!!!! (nauzubillah).
Saya kata kat diaorang saya tengok dulu macam mana diaorang
main. So tercongok la kat bawah tunggu diaorang sampai dari atas. Bila diaorang
dah berlepas, nampak macam fun je benda tue. Masa tue memang terasa nak try la.
Saja nak lawan dengan ketakutan sendiri. Perjalanan ke atas tue makan masa gak.
Kan dah cakap tinggi tadi kan…memang tinggilah tempat tue. Bila dah sampai turn
nak berlepas dari atas tue berdebar tak ingat ok. Baca bismillah tak tau berapa
kali dah. The hardest past adalah masa nak gelongsorkan badan tue. Once dah
gelongsor tue tak ingat apa dah pasal sibuk menjerit. HEHEHEHEHEHE!!!!!
Ada bran????!!!! |
Sila cuba ye uolls...Memang fun gila.... |
Nie salah satu daripada slides yg disediakan : Crystal Slide, Galaxy Slide, Canopy Slide dan Family Raft Ride. Saya tak sure yang nie dia panggil apa sebab saya tak naik. |
Tuhan je yang tahu apa rasanya masa tengah slide tue. Bila
dah sampai kat bawah rasa bersyukur yang amat sebab selamat. Eh..eh…macam nak
main lagi la pulak. FUN pulak benda alah nie. So naik lagi sekali la kite. 2nd
time nie dah steady sikit. Perasaan takut tue masih ada Cuma taklah sehebat 1st
attempt tadi. Kali nie dah lebih confident sebab dah tau dah macam mana rasanya
waktu sedang menggelongsor nanti. Cubaan yang kedua nie lebih seronok dari yang
pertama. Tapi sakit jugaklah dada sebab macam ada terhentak sikit kat slide
tue. Yang lain semua ok.
Attraction yang seterusnya mungkin lebih kepada anak-anak.
Kat sini disediakan Penguin Island.
Rata-rata permainan dan pool sangat sesuai untuk kanak-kanak seperti Kids Slide
dan Glacier River. Of coz la saya tak main kat sini, hanya ambil gambar untuk
kenang-kenangan. Glacier River tue macam yang ada kat Sunway Lagoon tue. Macam
aliran sungai yang panjang gitu. Pastu ada la ombak-ombak sikit. Nampak seronok
je diaorang guna tiub menyusuri sungai tue. Ada jugak orang dewasa main kat
situ bersama anak masing-masing. Glacier
River nie pun diaorang claim yang terpanjang seumpamanya di Malaysia. Tak tau
la betul ke tak. Then ada Piranha Bucket kat area Penguin Island tue. Tapi yang
dok menunggu piranha tue tumpahkan air lebih ramai orang tua dari budak-budak.
Ye lah yang tua tue pun nak merasa jugak main benda tue sebab zaman diaorang
budak-budak tak jumpa benda tue semua. So kira ok la kan.
Cabana yang sedia untuk disewa |
Kawasan nie tutup hari tue |
Glacier River |
Kids' Pool |
That are the things that uolls should try when u come here.
Besides that ada jugak facilities lain yang disediakan seperti cabana. Cabana
tu adalah pondok-pondok kecil yang boleh digunakan untuk meletakkan
barang-barang atau melepaskan lelah setelah dibadai ombak di Coco Beach. Kalau
datang dengan family tue memang sesuai sangatlah sewa cabana nie. Dapatlah si
kecil berehat atau tidur dan ibubapa tak perlu bersakit tangan mendukung anak-anak.
Stall-stall yang jual makanan pun banyak maka tak usah
khuatir tak cukup tenaga nak main semua permainan sebab anda hanya perlu
pastikan prepaid kat wristband tue berisi. Then we good to eat and play. Gift
shop pun ada disediakan untuk membeli pakaian renang atau cenderamata untuk
kenang-kenangan . Macam-macam ada so tak rugi kalau bawa family datang ke sini.
Dah banyak cerita dan sudah tiada apa yang ingin ditulis. So lastly saya letak sikit information untuk rujukan uolls yang berhajat nak datang ke sini.
Bye-bye BGWP |
No comments:
Post a Comment